Bahagian 3
Menanti tirai dibuka memang sangat menyeksakan. Tidak pasti apa yang bakal dihidangkan. Penuh misteri akan apa yang bakal muncul di depan mata. Penantian yang lama itu akhirnya berpenghujung juga. Sejurus cahaya samar-samar dipancarkan ke atas pentas, terlihatlah tiga tubuh berpakaian serba hitam beraksi. Dialog mereka santai. Gerak mereka gemalai. Tanpa dipaksa-paksa. Mereka adalah sebahagian daripada warga seni teater Revolution Stage - kumpulan anak muda yang sangat komited dalam bidang yang dicenderunginya. Mereka memaparkan sketsa teaser untuk pementasan yang bakal dipersembahkan pada malam berikutnya - teater karya Seniman Negara Datuk Nordin Hassan, "Jangan Bunuh Rama-rama", produksi Pertubuhan Alumni Artis Penjuru Alam (APA) arahan Amran Nasrudin.
|
Melakonkan teaser untuk teater "Jangan Bunuh Rama-rama". |
|
Ini pula teaser untuk teater "Jangan Bunuh Kupu-kupu". |
|
Selanjutnya teaser untuk teater "Jangan Bunuh Lipas". |
|
Dan ini adalah teaser untuk teater "Jangan Bunuh Cengkerik". |
|
Merenung pada paksi yang jauh. |
|
Ada kalanya tidak disenangi oleh insan lain. |
|
Berikan aku lima tinggi (maksudnya give me high five). |
|
Masing-masing menginginkan sang puteri. |
|
Berlakulah perebutan yang menyakitkan. |
|
Namun sang puteri juga yang menang. |
|
Menumpaskan keegoan dua putera yang kecewa... |
|
Zeni di puncak panggung. |
Sejurus tamat persembahan ringkas dari Revolution Stage, pengacara majlis terus mengumumkan persembahan utama pada malam itu. Produksi Pertubuhan Teater Hidayah. Teater hasil nukilan Abdul Aziz H.M. Karya asal oleh Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said. Olahan dan arahan Tuan Haji Kamarul AR. Judul teater - ZENI! Penonton memberikan tepukan gemuruh. Sangat gemuruh. Panggung bergegar seketika pada tahap 8.3 skala richter. Sebahagian penonton hampir cuba melarikan diri kerana gegaran yang luar biasa itu. Mujurlah gegaran itu hanya sementara.
Dalam samar kegelapan, terlihat Zeni perlahan-lahan masuk ke pentas. Mendaki tangga. Berkebaya merah dan berselendang putih memperlihatkan rasa resahnya yang terpendam di kalbu. Lantas menyanyikan lagu syahdu kisah naluri. Muzik latar mengadun suara menjadi merdu. Penonton diajak membuai perasaan seketika. Tak kurang juga ada yang membuai bayi di satu sudut panggung. Ahh! Tak kisahlah! Asalkan kalian membuai, itu sudah cukup bagus.
|
Zeni berasa sangat sejuk. Barangkali aircon dipasang terlalu lama pada suhu yang terlalu rendah. |
|
Lantas mendendangkan lagu syahdu. |
|
Halwa telinga untuk semua. Merdu dan asyik nyanyiannya. |
|
Ekspresi tubuh dan wajah yang mengisahkan apa yang tersirat. |
|
"Wajarkah aku hidup derita?" |
Zeni sedang menunggu kedatangan Ehran rupanya. Ada janji temu. Ehran adalah seorang buruh binaan yang muda dan tampan. Dan bersuara lunak. Pelbagai bangunan yang telah dibinanya, termasuklah KLCC, Pavilion, dan Tun Razak Exchange di Jalan Tun Razak. Mungkin Ehran berasa sedikit rendah diri kerana perasaan cintanya terhadap Zeni bagai tidak dibalas dengan wajar. Bukan Zeni tidak menyukai Ehran, cuma barangkali dia berasa serik dengan kegagalan perkahwinan pertamanya. Atau wujud rasa tanggungjawab yang perlu digalas terhadap ayah dan adiknya, Zedi. Pergolakan perasaan ini sangat nyata dalam jiwa Zeni. Tak siapa yang mampu meredakannya.
Bermula dengan menguntumkan senyuman dan meluahkan kata-kata manis. Berakhir dengan pertengkaran kecil kerana masing-masing gagal memahami isi hati yang tersimpan kemas dalam jiwa. Mungkinkah kerana Ehran lewat tiba di lokasi pertemuan? Tak sempat membersihkan diri dan menyalin pakaian? Ehran tidak tahu. Zeni pun tidak tahu. Adakah anda tahu?
|
Mengungkap kata-kata manis. |
|
Tingkah uda dan dara yang di lamun cinta. |
|
"Ehran, ayuh kita tukar tempat duduk", kata Zeni. |
|
Dan mereka pun bertukar tempat duduk. |
|
"Aku ingin duduk di tempatku kembali", kata Ehran. Zeni enggan memberi. |
|
"Kalau begitu, biarlah kita sama-sama berdiri". |
|
"Apakah di dadamu tidak ada perasan, jiwa dan taman?" soal Zeni. |
|
"Tanganmu lembut, walaupun kau seorang buruh", kata Zeni lagi. |
Bapak, seorang penulis bernama Lazri Meon membuka bicara dengan meluahkan isi hatinya. Rindunya kepada sang isteri yang telah kembali bertemu Sang Pencipta sangat luar biasa dalamnya. Lazri Meon sering bersendiri. Mencari arah. Mencari diri. Mencari erti. Mencari kehidupan yang layak buat dirinya. Moga bertemu penawar yang dapat mengubat perit nubarinya.
Bersambung...
|
"Aku adalah aku". |
|
"Di pentas ini aku berdiri". |
|
"Setelah penat, barulah akan kududuk di bangku itu". |
No comments:
Post a Comment