m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 16, 2019

GSSN 2019 - ZENI: Detik sebelum pementasan

Bahagian 1

6 Disember 2019 - Baru-baru ini telah berlangsung satu acara yang diberi nama Gempita Sastera - Sasterawan Negara 2019 di Auditorium Daeng Chelak. Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam sempena meraikan dan memberi penghormatan kepada sasterawan-sasterawan negara yang masih ada bersama kita. Aku tak akan menceritakan dengan terperinci mengenai program ini pada episod kali ini. Mungkin nanti. Pada entry yang ini, aku ingin lebih fokus kepada penceritaan mengenai pementasan sebuah naskhah yang melibatkan grup Pertubuhan Teater Hidayah. Naskhah yang diangkat berjudul Zeni nukilan Abdul Aziz H.M, berdasarkan kepada sebuah karya agung dari Sasterawan Negara yang ke-4, Datuk Seri A. Samad Said. Karya asal berupa sebuah novel berjudul Daerah Zeni yang telah diterbitkan pada tahun 1985.

Poster ini telah direkacipta oleh salah seorang pelakonnya - Syel Ramlan.
Adikku datang awal dari pejabatnya. Bersama anakku - Amier.
Anak saudara dan makcik.
Abang Harun sedang menikmati udara segar di ruang legar.
Setelah berlatih bertahun-tahun, malah berkurun-kurun lamanya, akhirnya tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua - saat pementasan akan direalisasikan. Saat lakonan akan dipersembahkan kepada khalayak. Memperlihatkan bakat masing-masing dalam seni persembahan pentas, baik dari segi lakonan mahupun teknikal. Masing-masing kelihatannya berdebar-debar. Malah tugasku yang sekadar mengambil gambar saja itu pun terasa bagai sangat mencabar. Berbulan-bulan lamanya aku berlatih untuk memutarkan lensa kamera secara yang betul, berseni dan berlandaskan profesionalisme. Begitu juga dengan cara berdiri, bongkok, duduk dan mencangkung, perlu menampakkan ketokohan seorang juru foto yang cekap, matang dan mantap (walaupun hakikatnya aku cuma seorang juru foto yang amatur).

Itu baru aku. Apa lagi kalau pelakon-pelakonnya. Sudah pasti penghayatan watak perlu pada tahap yang luar biasa. Tahap gaban dan dewa 19. Ini semua semata-mata bagi meyakinkan seluruh audien tentang kebersungguhan kami dalam pementasan ini. Ini betul-betul. Bukan cobaan!

Pengarah, Abang Haji Kamarul AR memulakan bicara.
Disokong oleh pembantu pengarah - Kak Yatie.
Pelakon dan kru produksi memikirkan apalah nasib mereka selepas ini.
Para pelakon sedang menyerap tenaga dalaman yang disalurkan oleh sang sutradara.
Abang Kamarul sempat juga mengucapkan Gong Xi Fa Chai.
Debaran bukan sahaja untuk para pelakon, tetapi juga pengarahnya.
Ehran dan Zirah mendengar dengan tekun.
Begitu juga dengan watak utamanya - Zeni.
Pada awalnya aku belegar-legar di ruang lobi setelah solat maghrib. Sambil menanti ketibaan Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said,  aku mengisi ruang penantianku dengan mengambil gambar-gambar para tetamu dan petugas yang lalu-lalang di situ. Tiba-tiba Abang Haji Kamarul terus mengajakku naik ke atas untuk sesi briefing sebelum pementasan dimulakan. Aku akur. Meninggalkan ruang lobi dan terus mengekori Abang Haji Kamarul.

Di satu ruang kecil sebelah pentas, Abang Haji Kamarul mengumpulkan seluruh team produksi dan pelakon-pelakonnya lantas mula berucap panjang. Kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi diluahkan bagi menyuntik semangat kepada kami semuanya. Aku yang mendengar kata-kata Abang Haji Kamarul itu telah semakin termotivasi, lantas berazam untuk mengambil berjuta-juta gambar ketika persembahan dilangsungkan nanti. Begitulah azamku pada malam itu.

Para pelakon berasa lebih emosi, terutama apabila bersalaman dan berdakapan sesama sendiri. Meyakinkan diri sendiri dan teman seperjuangan akan kemampuan yang sebenarnya wujud dalam diri masing-masing. Sebelum bersurai, Abang Haji Kamarul membacakan doa selamat agar seluruh perjalanan pementasan berjalan lancar dan memuaskan. Dan sudah pasti bakal menambat dan mengusik hati penonton.

Bersambung...

"Kita perlu bersatu demi perpaduan ummat," kata Abang Kamarul.
"Jangan bertinju sesama sendiri," pesan Abang Kamarul.
Aloeng Silalahi menunjukkan dia ada dua orang anak - Zeni dan Zedi.
Abang Kamarul memimpin pembacaan doa.
Roslan dan Azeera menghayati doa dengan cara masing-masing.
Harez dan Aloeng turut mengaminkan doa.
Begitu juga dengan Ehran dan Zirah.
Dan Zeni dan Ehran.
Dan Zedi dan petugas-petugas khas yang komited.
Masih berdoa.
Panjang doa yang dibacakan.
Menusuk ke kalbu.
Sedikit sebak.
Berdakapan sebelum pementasan.


No comments:

Post a Comment