m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, December 27, 2019

GSSN 2019 - ZENI: Sejenak bersama Datuk Seri A Samad Said

Bahagian 8

Sesi bersama SN Datuk Seri A Samad Said masih belum berakhir lagi. Masing-masing bergilir-gilir menanti peluang untuk bergambar dengan tokoh sastera itu. "Ting tong! Nombor dua kosong satu satu (2011)." Okay, sekarang pemegang angka giliran berkenaan berpeluang untuk berdamping dengan Pak Samad. Begitulah terus menerus. Sampai semua nombor habis dipanggil barulah selesai sesi yang melibatkan Pak Samad. Nampak Sasterawan Negara itu sedikit keletihan, tapi puas melayan peminat-peminat dan orang-orang yang mengagumi ketokohan beliau.

Pak Samad bersama keluarga Mummy Sarah.
Ramai yang datang memberi sokongan.
Pak Samad juga tidak keberatan terus diambil gambar beliau.
Chip masuk ke dalam frame secara mengejut.
Jangan risau. Semua berpeluang bergambar.
Yazid dari awal dah bagi tau aku dia nak bergambar dengan Pak Samad.
Eh! Kak Yatie bukan dah bergambar dengan Pak Samad ke sebelum ni?
Ooohhh... Kak Yatie nak bergambar dengan Yazid rupanya...
Bodyguard Pak Samad yang prihatin enter frame untuk memastikan semuanya selamat.
Sukanya Yazid!
Keluarga kami yang datang menonton juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Pak Samad. Bersusun kami di atas pentas. Adik-beradik, ipar-duai, anak-anak saudara, sepupu-sepapat dan anak-beranak semua berkumpul untuk enter frame. Bagi kebanyakan kami, ini adalah kali pertama kami dapat bersemuka dengan Pak Samad, walau pun gambar beliau memang kerap kami tatap.

Ini kaum keluarga kami yang datang memberikan sokongan.
Terima kasih semua kerana hadir.
Akhirnya Pak Samad dapat duduk setelah lama berdiri.
Ini bergambar sesama keluarga pulak, dengan backdrop ZENI.
Cuba teka - siapa yang paling kuat sekali kat sini? (Jawapan: Angah Nabihah)
Gambar famili kena ambil lebih sikit.
Peace y'all!
Giliran aku pulak nak enter frame.
Dapat ambil gambar dua keping pun dah kira okay lah tu.
Kak Timah pun datang menonton Zeni.
Selesai sudah bergambar dengan Pak Samad. Sekarang tiba giliran untuk bergambar dengan teman-teman teater. Ada yang sudah menjadi orang penting dalam Istana Budaya. Ada juga yang dah jadi orang besar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Tapi masing-masing masih menyokong teman-teman berkarya walau di mana pun perlaksanaannya. Terim kasih kerana sudi hadir. Sokongan kalian menyemarakkan semangat kami.

Bersambung...

Bersama Saifulkhairi, Badrul Zaman, Mas Aida dan suami.
Seronok dapat berinteraksi dengan teman-teman lama.
Saiful dan Ienah sedang berbincang tentang sesuatu yang serius - isu kejatuhan skuad badminton negara.
Mas Aida sedang menuding dan bertanya, "Kepala siapa ni?"
Wajah riang sesudah persembahan.
Kita ambil gambar tetamu-tetamu istimewa ini banyak-banyak sedikit.
Biar puas mata memandang.
Sebingkis "good" dan "love kecil".
Kalau ada show lain dijemput datang lagi.
Munir pun datang juga.
Terima kasih Munir.
Munir memang suka buat macam-macam mimik muka.
Abang Brahem, Saiful dan Munir.
Tiba-tiba Munir terkejut. Kenapa ya?
Ohhh... Rupanya sebab aku nak enter frame.
All good, yeah!


No comments:

Post a Comment