Bahagian 4
Di hospital, tempat Zedi dirawat, seorang teman sedang asyik membaca sebuah manuskrip yang tak pernah disiapkan. Zirah, teman Zedi yang paling akrab sangat tekun menelaah manuskrip tulisan Lazri Meon itu. Dalam benaknya sangat jelas membayangkan segala peristiwa yang dikisahkan oleh Lazri Meon - ayah Zedi dan Zeni. Kisah Raja Dabet menentang penjajah, kisah Mardi, kisah Hamdar - watak-watak dalam manuskrip itu dilakonkan semula oleh Zirah ketika membacanya. Khusyuk dan fokus. Dirinya dibiarkan tenggelam dalam lautan cerita yang sangat beralun perjalanannya. Raut wajah dan gerak tangan dan jejarinya mengekspresi dengan jelas peristiwa yang berlaku dalam plot manuskrip itu.
|
Zirah masuk sambil tangannya memegang sebuah manuskrip lama. |
|
Dibacanya dengan lantang. |
|
Penuh emosi. |
|
Sangat ekspresif. |
|
Sehinggalah Zedi datang menegur. |
Sehinggalah Zedi datang menyapa. Zirah sedikit terganggu. Dan malu. Khuatir tingkahnya tadi diperhatikan oleh Zedi dari jauh. Memang begitu watak Zirah. Suka membaca. Periang. Bersahaja. Dan kerap melontarkan idea dan teori pelbagai tentang apa yang dibacanya. Ada kalanya logik. Ada kalanya tergelincir dari kewarasan fikiran. Duduk di hospital dalam jangka masa yang sangat lama kadangkala boleh menjadikan seseorang itu buntu dan bosan. Jadi apa salahnya membiarkan imaginasi itu berlayar jauh mencari pelabuhan-pelabuhan kisah yang tak pernah bersempadan ruang kemungkinannya. (Saksikanlah teater "Pelabuhan Jauh" yang bakal dipentaskan di Stefani pada 29 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020). Maaf, iklan sebentar.
|
Zirah tersipu malu bila menyedari lagaknya diperhatikan Zedi. |
|
Mereka mula berbicara tentang manuskrip Lazri Meon. |
|
Membayangkan bahawa kisah yang tersirat adalah kisah sebenar ayah Zedi. |
|
"Dan orang-orang kampung pun menjerit - Tolong! Tolong!! Tolong!!!" |
|
"Dan beruang itu terus menerkam tanpa ehsan." |
|
"Nasib baik bulan puasa. Tak jadi beruang tu nak makan orang-orang kampung." seloroh Zirah. |
|
"Nah! Saya pulangkan balik manuskrip awak ni." |
|
"Cuba awak pulak baca sampai habis." |
|
"Dalam manuskrip tu terselit rahsia kedudukan harta karun zaman kesultanan Melayu Melaka." |
|
"Jumlah harta karun itu sangat banyak." |
|
"Beruntunglah siapa saja yang memperolehinya." |
|
"Saya berazam untuk mencarinya sehingga jumpa." |
|
"Kalau saya dah kaya nanti, saya nak beli rumah besar." |
|
"Nak beli kereta besar." |
|
"Dan awak boleh jadi orang gaji saya." |
|
"Sebulan saya bayar awak satu ribu ringgit." |
|
"Tapi awak kena buat semua kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, jaga budak, bla bla bla..." |
|
"Tak naklah saya kerja dengan awak. Gaji sikit," rungut Zedi. |
Setelah selesai membaca dua bab dari kisah yang dipaparkan dalam manuskrip nukilan ayah Zedi, Lazri Meon, Zirah mempunyai pendapatnya tersendiri. Fikir Zirah, manuskrip itu adalah kisah jiwa dan rasa Lazri Meon - seorang pejuang kemerdekaan suatu ketika dulu. Kesamaannya memang wujud. Inilah yang cuba diyakinkan oleh Zirah kepada Zedi. Walaupun pada mulanya Zedi menafikan kemungkinan itu, namun sedikit sebanyak kata-kata Zirah itu dirasakan ada juga kebenarannya. Dan ini membuka pintu untuk Zedi lebih memahami gelora dan hasrat ayahnya yang kini dirasakan semakin aneh dan sukar dimengerti.
|
Zeni datang melawat tiba-tiba. |
|
"Kalau ada gosip-gosip membawang terbaru, jangan lupa ceritakan pada saya," kata Zirah. |
|
Zeni memberi tahu Zedi tentang kemunculan ayah mereka semalam di rumah. |
Zeni tiba-tiba muncul ketika kedua-dua sahabat itu sedang asyik berbicara. Mereka teruja dengan kehadiran Zeni. Terubat juga rindu bila bertemu kakak yang disayangi. Zirah tanpa berlengah telah memberi laluan untuk kedua adik-beradik ini berbual soal keluarga.
Pertemuan ini pada awalnya bermula mesra. Bertanya khabar, melepas rindu. Namun bila bercerita soal ayah mereka, Lazri Meon, masing-masing mula meluahkan kerunsingan mereka terhadap perubahan tingkah laku sang ayah. Lebih berahsia. Sering menghilang. Selalu murung. Sinar dan girangnya bagai sudah sirna dimamah waktu. Suasana menjadi lebih tegang bila Zeni dan Zedi berbicara soal takdir. Zedi sudah mula menerima kelumpuhannya sebagai satu pemberian, dan bukan petaka. Zeni pula masih berasa perlunya dia berkorban demi adiknya, Zedi dan melupakan apa saja hasrat dan impian indah yang pernah bermain dalam anganannya. "Penderitaan seorang kakak untuk kebahagiaan seorang adik, adalah kebahagiaan seorang kakak!"
Bersambung...
|
Zedi mula berfikir jauh. |
|
Berbincang mengenai sesuatu yang lebih serius. |
|
Tentang hati dan perasaan. |
|
Tentang kebahagiaan dan penderitaan. |
|
Tentang takdir dan pemberian. |
|
Tiba-tiba minyak petrol di kerusi roda Zedi habis. Kering. |
|
Terpaksalah Zeni yang menolaknya ke sana ke sini. |
|
Zedi sedih sebab kakaknya, Zeni sudah tidak mahu menolak kerusi roda lagi. |
|
"Aku penat," kata Zeni. |
|
"Aaaahhh! Tak nak kawanlah!" Lalu Zedi memalingkan wajahnya ke sisi. |
No comments:
Post a Comment