Kami masih lagi di pentas. Terasa berat nak meninggalkan pentas persembahan. Bagai masih ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepada penonton. Walaupun hakikatnya naskhah Zeni ini telah disimpulkan kesudahannya. Pelakon bergambar bersama pelakon. Masih dalam karaktor. Masih dengan nama dan watak masing-masing. Masih belum menjadi diri mereka yang sebenar lagi. Syel masih berasa Mummy Sarah itu adiknya. Mummy Sarah masih berasa Sarah Atan itu sahabat karibnya. Roslan masih terfikir Syel itu mantan isterinya. Dan Paan masih mengharap Syel menerima lamarannya. Begitulah umpamanya. Sejurus mereka meninggalkan pentas, semua watak ini akan lupus sepenuhnya dari jiwa masing-masing. Itulah dunia lakonan pentas.
Zirah dan Zeni berpelukan. |
Zedi turut berpelukan. |
Akrab di dalam dan di luar pentas. |
Isteriku bersama Syel dan Mummy Sarah. |
Tiba-tiba Mohdi datang lagi. Masih ada perkara yang ingin ditagihnya. |
Zeni keliru. Mohdi atau Ehran. |
Mohdi tak puas hati kerana Zeni memiih Ehran. |
Mohdi buat-buat merajuk mengharapkan Zeni akan memujuk. |
Tetapi Zeni sudah muktamad memilih Ehran. |
Nampaknya Ehran juga gembira dengan keputusan Zeni itu. |
Oh! Rupanya Mohdi belum mahu kalah. |
Mohdi betul-betul dah berubah menjadi manusia. |
Zeni juga gembira dengan perubahan yang diperlihatkan Mohdi ini. |
Mungkin ada harapan untuk berbaik kembali? |
Hmmmmm.... Entahlah. |
Macam tak aje... |
Confirm. Mereka tak akan berbaik kembali. Haluan mereka nyata berbeza. |
Sebelum kami meninggalkan pentas Daeng Chelak ini, ingin aku mengimbas kembali lagu tema teater Zeni ini. Melodi ilham Syel Ramlan. Seni kata hasil kolaborasi Syel Ramlan dan Kamarul AR. Ini versiku sendiri yang lebih pantas temponya. Dengarlah...
Kaum keluarga kami duduk di luar panggung setelah selesai persembahan. |
Kak Timah bersama Faqehah dan Yaya. |
Anak-anak kami lagi sibuk menulis di buku pelawat. |
Sabriena sedang berfikir - apa yang wajar dititipkan. |
Okay. Sabriena dah dapat idea. |
Panjang tulisan Sabriena. Macam novel. |
Sesudah selesai urusan di panggung, kami ramai-ramai berkumpul di sebuah restoran di Seksyen 11 Shah Alam untuk makan-makan dan minum-minum. Kami anak beranak order roti nan dan ayam tanduri. Yang lain order macam-macamlah. Bubur nasi, chicken chop, otak-otak dan satar. Aku duduk di hujung meja panjang. Tak banyak berbual, sekadar melayan Sabriena dan makan. Sampai kenyang. Sangat kenyang. Terlihat kelegaan setiap warga Zeni setelah selesai pementasan. Hasilnya sangat memuaskan. Semoga meninggalkan impak yang besar kepada penonton. Agak lama juga kami berkampung di restoran itu. Sampai lewat malam. Sangat lewat. Sampai pemilik kedai tutup kedai. Balik rumah. Besok pagi datang lagi. Bukak kedai. Pun kami masih bersembang lagi di meja makan. Setelah genap tiga hari tiga malam, barulah kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Itulah kisah kami dan Zeni.
T A M A T
Sekarang kami di kedai makan. |
Hannah dan Wanie. |
Kak Yatie bersama isteriku. |
Kak Yatie bersama Azeera. |
Harez, Ienah dan Azeera. |
Chip - penyokong kuat Mummy Sarah. |
Good! Semuanya good!! |
Along sentiasa terfikir sesuatu. |
Mohdi dan Zeni. |
Abang Haji Kamarul dan Roslan. |
Anak-anak remaja turut berfikir panjang. |
Sabriena dan Amier menanti pesanan sampai. |
Sabriena dengan gaya kungfu. |