8 Julai 2016 - Minggu ni aku sibuk. Sibuk sanngggaaattt! (Kononnyalah). Jadi aku nak story yang simple-simple ajelah. Begini kisahnya. Pada suatu pagi yang hening, aku dan isteri telah ke satu Pasar Tani di Ampang Indah kerana ada urusan dengan salah seorang penjual di situ yang juga merupakan saudara kami. Tetiba mata kami terpandang ke arah satu gerai menjual lauk pauk dari laut. Antara yang dijual termasuklah, udang putih, ikan yang pelbagai, sotong biasa, sotong kurita, tapak sulaiman, moray eel, obor-obor, teritip, batu karang, timun laut (sea cucumber), walrus dan paus biru. Itu semua kami tak hairan. Yang betul-betul menarik perhatian kami adalah ketam bunga besar gemuk, berat montel dan berkilauan, serta berbau segar.
Kami terus menanyakan harganya. (Sorry, aku dah tak ingat). Aku belilah dalam sepuluh ekor atau lebih sedikit. Begitu puas dalam hatiku dapat membeli ketam segar yang diambil terus dari nelayan di sekitar Kuala Selangor. Ketam yang macam ni, masak apa pun sedap. Tak sabar-sabar kami hendak memakannya.
Ketam segar dari Kuala Selangor yang telah dimasak. |
Proses mengupas ketam hingga ke cengkerang yang terakhir. |
Tibalah hari yang dinanti-nanti. Mak aku cadang ketam tu dimasak kari hitam. (Kari campur kicap). Dan kami pun ambillah sorang sekor. Mmmmmmppphhhh... Sedapnya tidak terkata. Lepas semua orang dah ambil sorang sekor, aku nengok-nengok jugak kat dalam periuk. Macam ada balance lagi. Maklumlah, hari tu pun aku memang sengaja beli lebih sikit. Kot kot ada sesiapa yang makan lebih. Yang balance tu aku bedal lah dengan perasaan senang hati. Kuah dia pun aku hirup kasi licin itu periuk. Ketam yang segar bukan saja enak, tetapi jugak menyegarkan. Kalau korang nak dapatkan makanan laut yang segar, datanglah ke Pasar Tani di Ampang Indah pada pagi hari Ahad, jam 7-11pagi. Pasti tidak akan kaciwa!!!
Selamat tinggal kulit ketam. Adios sayonara goodbye! |
No comments:
Post a Comment