Bahagian 1
22 Oktober 2016 - Okay, kepada semua pembaca yang budiman, sebenarnya cerita pasal
pernikahan Rusydi dan Atika masiih panjang lagi. Ada dalam kira-kira 100 episod lagi. Tapi aku nak bagi break sikit. Nak mencelah kisah lain sekejap. Lepas ni sambung lagilah, ya? Ikutilah kisah hari Graduasi Syahmie di MRSM Gemenceh baru-baru ni.
Setelah solat subuh, aku dan isteri terus menaiki Exora menuju ke Gemenceh. Perlu sampai ke MRSM Gemenceh sebelum pukul 8.45 pagi. Aku bawak kereta agak laju jugak. Beberapa buah kereta peronda polis telah cuba mengejar. Tapi aku berjaya meloloskan diri. Tak ubah macam Fast & Furios Chapter 10. Mendesit aku memecut. Jalan pulak clear. Lapang. Lengang. Maka dalam sekelip mata aje, kami pun dah sampai ke destinasi pilihan.
|
Syahmie bergaya dengan jubah graduasi di luar dewan. |
|
Para graduan sedang berkumpul dan mendengar taklimat dari guru yang bertugas. |
|
Teruja pada hari yang bersejarah ini. |
|
Pelajar puteri juga tak kurang berasa teruja. |
|
Saling bantu-membantu sebelum melangkahkan kaki ke dalam dewan. |
Kami sampai di MRSM Gemenceh lebih awal dari yang dijangkakan. Waktu tu para graduan sedang berkumpul di luar dewan sambil mendengar taklimat panjang lebar dari cikgu yang bertugas. Sempat juga kami berjumpa Syahmie sebelum masuk ke dalam dewan.
Di luar dewan juga terdapat pelajar-pelajar yang menjual makanan dan cenderahati. Siapa saja yang nak berbelanja, silakanlah. Kami dah makan roti masa kat dalam kereta tadi. Jadi tak perlulah beli makanan lain untuk bersarapan. Di dalam dewan, para ibu bapa dah semakin ramai. Ruang semakin dipenuhi. Kini kami menanti ketibaan tetamu kehormat, undangan khas dari ibu pejabat MARA - Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran, YBhg En Abdul Aziz Hassan.
|
"Para pelajar semua! Pastikan anda semua tersenyum masa masuk dewan nanti. Jangan masam macam cuka, okay?" |
|
Pelajar Huffaz pakai jubah warna biru muda. |
|
Pelajar Huffaz dari Tingkatan 4 & 5. |
|
Al Hafizah berkumpul di luar dewan. |
|
Mempamerkan wajah-wajah ceria. |
|
Para pelajar menjual makanan yang sedap-sedap dan enak-enak buat sarapan pagi. |
|
Gerai pasar Ramadhan yang dibuka oleh para pelajar. |
|
"Nah! Ini lima hinggit untuk semua makanan kat atas meja ni." |
|
Menjual cenderahati untuk dihadiahkan kepada para graduan. |
|
"Pengumuman! Pengumuman! Ibu-ibu, bapak-bapak, siapa yang punya anak, bilang aku yang tengah malu..." |
|
"Para graduan sila buat lompat katak dari sini sampai ke dewan makan." |
|
Graduan puteri tertawa dengan lawak jenaka dari guru yang bertugas. |
|
Para graduan putera beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan. |
Pada majlis ini, bukan saja para pelajar Tingkatan 5 yang diraikan, tetapi juga para pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al Quran. Para Huffaz memakai jubah berwarna biru muda. Manakala graduan Tingkatan 5 memakai jubah berwarna hitam. Syahmie telah mengkhatamkan hafazan 30 juzuk pada tahun lepas. Masa tu Syahmie dalam Tingkatan 4.
Majlis dimulakan agak terlewat sedikit, pasal tetamu kehormat sampai dewan agak lewat. Katanya sesat. Tak kisahlah. Semua tetamu di kalangan ibu bapa nampaknya menanti dengan penuh sabar. YBhg En Abdul Aziz Hassan tiba kira-kira jam 9.30 pagi. Diiringi dengan paluan kompang yang bergema dan menggegarkan ruang angkasa pada skala Richter 7.
|
Pentas majlis. Menanti tetamu istimewa tiba. |
|
Okay. Dah selesai majlis. Masa kat dalam dewan tak boleh ambil gambar. |
Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh qari MRSM Ulul Albab Gemenceh yang baru berusia 13 tahun - Tingkatan 1. Bacaannya sangat lunak. Tak pernah aku mendengar bacaan Quran yang sangat mengesankan jiwa aku ketika mendengarnya. Rupanya pelajar cilik ini ada memperdengarkan laungan azannya di dalam tv, malah beliau juga telah mendapat sanat azan oleh Imam di Masjidil Haram! Hebat sungguh pelajar ini.
Antara aturcara pada hari itu termasuklah ucapan dari Ayahanda Pengetua, ucapan dari tetamu kehormat serta perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Huffaz. Ucapan yang santai dan jenaka spontan yang diucapkan oleh YBhg En Abdul Aziz Hassan sedikit menghiburkan para tetamu yang hadir. Selain penyampaian sijil, terdapat juga persembahan Kumpulan Caklempong yang sangat-sangat ohsem! Hebat betul pelajar-pelajar ini beraksi. Kami sangat-sangat terhibur. Setelah selesai majlis, para tetamu dijemput menjamu selera di dewan makan.
Di luar dewan kami terserempak dengan sepupu isteriku, Abang Suhaimi bersama isteri dan anak-anak. Salah seorang anak Abang Suhaimi merupakan pelajar Tingkatan 5 jugak. Satu batch dengan Syahmie.
Bersambung...
|
Proud mama and son. |
|
Bergambar di luar dewan sesudah majlis berakhir. |
|
Syahmie memperagakan sijil pencapaian. |
|
Bergambar bersama keluarga Abang Suhaimi. |
|
Anak perempuan Abang Suhaimi juga meraikan graduasi pada tahun ini. |
|
Satu lagi gambar sebelum kami berangkat ke dewan makan untuk makan tengah hari. |
No comments:
Post a Comment