5 Julai 2016 - Dalam diri orang besar ada jiwa kanak-kanak. Kalau tak banyak, sedikit mesti ada. Sebab tu ada kalanya, menjadi kanak-kanak pada usia dewasa sangat menyeronokkan. Ini kisah malam raya aidilfitri yang lalu. Ini kisah kami main bunga api. Bukan bunga api yang berbahaya yang meletup kuat. Bukan yang percikan apinya memancar-mancar menerangi malam. Bukan jugak yang pergerakannya memintal-mintal bak gasing yang ligat. Ini bunga api bertangkai. Percikan apinya sekadar bak pocket lighter sahaja.
|
Menyalakan bunga api beramai-ramai. |
|
Farid merakamkan detik seronok ini. |
|
Rakaman buat kenangan semua. |
|
Percikan bunga api sekecil ini sudah cukup untuk menghiburkan kami. |
|
Syahmie dan Wanie dah lama tak main bunga api. |
Sebenarnya aku pun tak pasti dari mana kami dapat kesemua bunga api tu. Sebahagiannya diberikan oleh anak saudara kami (yang jugak sudah dewasa). Sebahagian yang lain mungkin diperolehi melalui Farid. Aaaahhh! Tak kiralah. Pokok pangkalnya, bunga api tu memang dah ada kat rumah kami. Maka bila pemegang mohor besar raja-raja buat pengumuman raya aje, kami pun mengeluarkan bunga api tu dari simpanan kami. Sebatang lilin dipasang di atas lantai. Bunga api dicucuhkan ke api berkenaan. Bunga api mula memercik memancar-mancar. Kami gerak-gerakkan tangan kami. Terbentuklah corak bunga api yang cantik. Bak lampu neon. Kami seronok. Seronok sangat.
|
Sorang pegang satu bunga api. |
|
Tiba-tiba Haziq pasang bunga api das. Kami semua berundur sedikit. |
Anak jiran kami, Haziq namanya, serta seorang lagi jiran, keluarga Abang Azlan turut menyalakan bunga api yang lebih mencabar dan mengerikan. Kami mula berhati-hati. Risau takut terkena percikan bunga api yang kelihatannya lebih mengerikan. Kalau Haziq nyalakan aje bunga api yang dahsyat, kami akan berundur mencari tempat yang selamat. Tetapi Haziq dengan selamba dan berani terus aje menyalakan bunga-bunga api tersebut. Kami seronok nengok pancaran bunga api yang dahsyat tu. Cuma kami berasa takut untuk mendekatinya. Al-maklumlah, dah tua-tua ni kami dah tak adventurous lagi. Kira-kira lebih setengah jam jugak lah kami dok main bunga api tu sebelum masuk ke dalam rumah untuk menyambung persiapan menjelang adidilfitri.
|
Anak jiran kami, Haziq namanya. |
|
Sabriena menutup telinga. Dia tak suka kebisingan yang terhasil dari pembakaran bunga api. |
No comments:
Post a Comment