m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 15, 2016

Rusydi + Atika: Maka mereka pun bernikahlah

Bahagian 3

Penantian Rusydi dan Atika untuk bernikah bagaikan telah terlalu lama. Segala macam muqaddimah dan urusan awalan telah pun berlalu dengan mengambil masa yang sangat-sangat lama. Para tetamu semakin resah gelisah. Pengantin berpeluh mencucur derasnya. Kuyup pakaian, bagaikan lencun disirami hujan petang. Tiba-tiba juru nikah bertanya, "Sudahkah anda berdua bersedia?" Hampir serentak, Rusydi dan Atika membalas, "Dah lamaaaaaa sangat kami bersedia!" "Baiklah. Kalau begitu, kita mulakanlah sekarang jugak. Satu, dua, tigaaaaa!!!! Preeeeeet!!!!!" juru nikah meniup wisel permulaan.

Seorang wartawan dari Harian Metro tiba-tiba datang menemuramah juru nikah.
Wartawan: "Apa pendapat Ustaz mengenai pernikahan ini?"
Kemudian wartawan menemuramah pengantin lelaki pulak.
Wartawan: "Apakah perasaan anda sekarang?"  Rusydi: "Saya berasa sangat terharu dan bersyukur kepada Allah".
Tangan Rusydi disambar juru nikah. Digenggam erat. Kuat. Bagai tak terlepaskan. Rusydi bagai kelemasan. Hampir-hampir membuka silat jurus halilintar membelah bumi. Tetapi kesabaran dalam diri lebih menebal dan mampu menahan diri ketika situasi sangat mendesak itu. Juru nikah terus berkata, "Wahai Rusydi Ramli. Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Atika Binti Azman, bla bla bla..." Lalu disentap tangan Rusydi dengan mengejut. Rusydi tidak melatah. Sebaliknya terus menjawab, "Aku terima nikah Nur Atika Binti Azman dengan bla bla bla...... tunaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiii". Cukup enam harakat mad aridh lissukun. Juru nikah bertanya para saksi. "Saksi pertama! Bagaimanakah kesaksian pengantin lelaki tadi?" "Sah Yang Arif", jawab saksi pertama. "Saksi kedua?" "Kalau mengikut pandangan hamba pacal yang hina ini, sebutannya tadi agak jelas. Makhrajnya sangat bermutu tinggi. Harakatnya menepati kehendak hukum. Saya berpendapat, ianya sangat sah di sisi undang-undang, Yang Arif". "Kalau begitu, sahlah kamu berdua sebagai suami dan isteri. Tahniah dari kami semua, juru-juru nikah seluruh Malaysia."

Juru nikah membacakan doa selamat.
Ika mengaminkan doa yang dibacakan.
Penuh khusyuk dan kesyahduan.
Rusydi turut mengaminkan doa.
Bersyukur dan terharu.
Rusydi lega. Ika turut lega. Para tetamu pun lega juga. Lalu juru nikah mengangkat tangan berdoa ke hadrat Ilahi. Mendoakan segala yang terbaik buat pengantin baru, di dunia dan di akhirat. Para tetamu mengaminkan doa itu dengan penuh khusyuk. Kaum keluarga sangat-sangat berharap agar perkahwinan ini penuh dengan keberkatan. Penuh dengan keharmonian. Melimpah ruah dengan rahmat Allah sehingga ke akhirat. Hingga ke Jannah!

Sebagai abang sulung, Koas bersyukur segalanya berjalan lancar.
Kesyahduan semakin dirasakan.
Memohon yang terbaik dari Yang Maha Kaya, Yang Maha Agung.
Amin ya rabbal alamin.
Nana berdoa yang terbaik untuk kakak sepupunya.
Doa yang dibacakan sangat panjang. Tetapi para hadirin tetap mengaminkan doa itu.
Masih berdoa.
Semua tetamu dan ahli keluarga berdoa.
Juru foto berdoa agar gambar yang diambil biarlah kelihatan cantik.
Juru foto dari Yaman ini sedang mengambil gambar juru nikah.
Selanjutnya, juru nikah mengarahkan Rusydi untuk membacakan ikrar seperti yang tertulis di dalam lampiran yang dihulurkan. Dan seterusnya Rusydi perlu menandatangani lampiran itu, setelah memahami isi dan maksud yang dinyatakan. Rusydi melengkapi sessi ini dengan bersujud syukur di satu sudut ruang kamar. Kepada Rusydi dan Ika, kami ucapkan tahniah. Selamat Pengantin Baru!

Bersambung...

"Awak ada nak nyanyi lagu apa-apa tak?" tanya juru nikah kepada Rusydi.
Nana cuba mencari pengalaman dari kesemuanya ini.
Dato' Haji Hasni hadir memberikan moral support.
Menandatangani ikrar.
"Sekarang Ustaz sign kat sini pulak," kata Rusydi kepada juru nikah.
Juru nikah: "Saya memang suka sain. Masa kat sekolah dulu mata pelajaran Sains memang selalu saya dapat Gred A".
"Aku tak kena sain apa-apa ke?" bisik hati Ika.
Lalu Ika mengukir senyuman.
Selesailah tugas juru nikah pada petang itu.
Rusydi melihat surat saman trafik kerana meletakkan kereta kat depan pagar sekolah Kidz Cabin.
Rusydi sujud syukur.
Berdoa penuh kesyukuran kerana semuanya berlangsung dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment