m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 9, 2016

Rusydi + Atika: Berdebar menanti saat

Bahagian 2

Persiapan pernikahan Atika dan Rusydi telah disempurnakan. Juru nikah telah pun hadir. Tapi masih terlalu banyak prosedur sebelum upacara akad nikah dilangsungkan. Sekumpulan wartawan Arab dari Yaman (yang tak rasmi) telah datang untuk merakamkan detik bersejarah ini. Juru nikah berbicara panjang. Menyemak dokumen dan borang pun agak lama. Segala perkara hendak dipastikan sahih dan benar. Kami kesemuanya perlu menunggu dengan sabar sebelum lampu hijau dinyalakan. Dan yang paling gelisah, sudah tentulah kedua-dua pengantin - Ika dan Rusydi!

Kawan-kawan Arab Yaman kami mengambil gambar dan video. Nak buat dokumentari katanya.
Rusydi mendengar dengan tekun cerita juru nikah mengenai kisah Labu Labi.
Wartawan Yaman masih beraksi.
Rusydi membaca dengan teliti syarat-syarat pernikahan yang termaktub.
Tak pasal-pasal, Kois pun kena isi borang jugak.
Bapa pengantin kelihatan sangat tenang.
Juru nikah menunjukkan Rusydi tersalah eja satu perkataan dalam borang.
Juru nikah bertanya, "Siapa Adywira Aweks'koi ni?"
Setelah agak lama para tetamu menanti di luar, akhirnya terlihatlah kelibat pengantin perempuan, Ika yang keluar dari kamar perkurungan. Ika berpakaian serba putih bersih. Sejambak bunga di tangannya sebagai penyeri. Ika diiringi oleh sepupu-sepupunya ke pentas pelamin. Menanti dengan sabar di sana. Rusydi menguntum senyuman bila melihat Ika keluar. Rusydi tahu, sekejap lagi pernikahan akan dilangsungkan. Beliau bakal bergelar suami. Dan Ika bakal bergelar isteri.

Ika muncul dari kamar perkurungan.
Kedua-dua juru nikah dan Rusydi gembira melihat kelibat Ika.
Juru nikah baru nak testing mikrofon, "Cobaan cobaan satu dua tiga empat..."
".....Sembilan puluh lapan, sembilan puluh sembilan, satu ratus, satu ratus satu..."
Wajah Ika ditutup untuk menambahkan kesuspenan.
Para tetamu tertanya-tanya, wajah siapakah yang berselindung di sebalik kipas hikmat itu.
Syakirah sengaja menutup muka Ika supaya orang ramai cuma nampak muka dia sorang aje.
Wajah Ika terus ditutup. Imej perlu dirahsiakan.
Faqehah dan Syura mengambil gambar dan video.
Juru foto profesional dari akhbar-akhbar terkenal di seluruh dunia sedang bertugas.
Dua kipas menutup muka Ika.
Ika banyak berzikir bagi mententeramkan jiwanya.
Syakirah tak bagi peluang langsung. Muka Ika terus diselindung.
Tetiba juru nikah berasa nak menyanyilah pulak.
Rusydi terpaksa menahan telinga mendengar juru nikah menyanyikan lagu Assalamualaikum.
Dah habis menyanyi, barulah juru nikah membacakan khutbah nikah.
Rusydi mendengar dengan penuh kefahaman.
"Apa kata saya selitkan khutbah nikah ni dengan satu lagi dendangan lagu? Kali ini lagu Sampai Syurga pulak".
Kami mengagakkan pernikahan akan dimulakan segera. Tapi dugaan kami melesat. Juru nikah masih banyak berbicara. Masih banyak menyemak borang. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan sebelum beliau menikahkan Rusydi dan Ika. Para pengapit Ika melihat wajah Ika yang semakin gementar. Lalu ditutup wajah gementar itu dengan kipas. Menambah suspen dalam seluruh senario ini. "Wahai Tok Kadi, bilakah kami nak dinikahkan?" bisik Rusydi dan Ika di dalam hati.

Bersambung...

Wajah Ika sudah tidak diselindungkan lagi.
Syakirah sedang membayangkan bakal pasangan hidupnya suatu hari nanti.
Alamak! Yang terbayang ketika mata dipejamkan tak berapa nak hensemlah pulak.
Ika mula mengukir senyuman. The time has come!

No comments:

Post a Comment