m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 8, 2016

Rusydi + Atika: Warming up sebelum nikah

Bahagian 1

11 Disember 2015 - Hari tu kami baru saja melawat salah seorang anak saudara kami, Atika @ Ika yang telah melahirkan seorang bayi perempuan comel. Kisah perkahwinan Ika dengan Rusydi belum lagi aku paparkan dalam blog aku ni. Jadi kali ni kau nak ambil peluang untuk kisahkan sedikit sebanyak kisah mereka untuk tatapan dan bacaan semua. On your marks. Get set. Go!!!

Kak Enon dan Kak Sapiah.
Syahmie yang sedang bercuti turut hadir meraikan pernikahan sepupunya - Ika.
Azira, Kak Enon dan Kak Sapiah tak sabar-sabar menanti detik bersejarah ini.
Pelamin yang sangat cantik berhias. Menanti pengantin duduk di atasnya.
Keluarga sebelah Abang Azman turut hadir.
Ayah pengantin perempuan.
Abang dan adik pengantin perempuan - Encik Kois dan Bro Amin.
Syahmie menjaga Sabriena dengan penuh dedikasi.
Majlis bersejarah ini telah diadakan di sekolah tempat Ika mengajar - Tadika Kidz Cabin di Ukay Heights. Segala persiapan seperti pelamin, hiasan dalaman, makanan telah disiapkan. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak telah dimaklumkan lokasi majlis. Semua menanti dengan debar. Yang nak bernikah berdebar, yang tak bernikah pun berdebar jugak. Juru nikah pun khabarnya berdebar jugak. Ini memang sesungguhnya merupakan sebuah majlis yang penuh dengan debaran yang memuncak.

Kak Shidah dan Abang Hj Khalid.
Kak Enon bersama dua orang besannya.
Antara tetamu yang hadir meraikan pengantin.
Sofia, Syafikah dan Hani - anak-anak ini memberi sokongan sepenuhnya kepada makcik mereka, Ika.
Sempat jugak Sabriena, Saleh dan Amier menyaksikan video mengenai alam semesta.
Menantu dan pak mentua - Ardi dan Abang Zai.
Abang Ngah Nordin dan Abang Azman.
Pada waktu dan saat yang telah ditetapkan, hadirlah juru nikah ke tempat kejadian. Tak sesaat awal. Tak sesaat lewat. Ngam-ngam tepat pada waktunya. Juru nikah membawa bersama beliau segala macam dokumen dan borang untuk proses mengakad nikah nanti. Punyalah banyak dokumen yang dibawa. Sampai kena pakai trolley. Berat kesemua dokumen tak kurang dari 20 kilogram. Memang sungguh berdedikasi nampaknya juru nikah yang ini.

Juru nikah baru sampai dan sedang memeriksa beberapa borang yang perlu diisi.
Tiba-tiba ada orang mintak autograf pasal ingatkan beliau ni artis nasyid dari kumpulan Rabbani.
Juru nikah baru tersedar, beliau tersalah bawak borang. Ini borang ABPBH!
Juru nikah berbual dengan bapa pengantin perempuan untuk menghilangkan gemuruh yang tiba-tiba melanda.
Abang Azman mengisi borang penamaan calon DUN kawasan Greenwood, Gombak. Kak Esah memerhati.
"Eh! Betul ke abang nak jadi calon DUN?" tanya Kak Esah.
Juru nikah sedang menyemak borang yang telah diisi oleh Abang Azman.
Rusydi sedang mendapatkan beberapa tips dan pesanan dari orang-orang kuatnya.
Bertafakur seketika sebelum memulakan upacara.
Rusydi - senyuman dalam debaran.
Sebelum upacara akad nikah dijalankan, ibu dan bapa para pengantin perlu mengisi beberapa borang yang telah diberikan oleh juru nikah. Antaranya termasuklah borang wali melantik wakil untuk menikahkan anak perempuan beliau. Ada jugak borang-borang lain yang perlu diisi seperti borang BR1M, borang subsidi benih sawit, borang penama KWSP dan borang Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi tahun 2016. Itu baru borang untuk mak bapak pengantin. Pengantin, Rusydi pulak perlu buat karangan tak lebih dari 5000 patah perkataan bertajuk - "Mengapa Saya Ingin Berkahwin Dengan Atika". Dan karangan ini akan disemak dan disahkan oleh Mak Ngah Che Zainon sebelum disahkan oleh juru nikah.

Bersambung...

Rusydi sedang mengarang drama untuk slot Cerekarama TV3.
Setelah dekat tiga jam, karangan Rusydi masih belum selesai lagi.
Ramainya tetamu yang hadir memberikan sokongan moral.
Berpusu-pusu tetamu yang datang.
Tetamu kelihatannya sangat kepanasan menanti detik bersejarah ini.

No comments:

Post a Comment