m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 17, 2016

Rusydi + Atika: Meraikan pengantin

Bahagian 5

Setelah seketika Rusydi dan Atika di atas pelamin, maka tibalah dayang-dayang istana dari kamar perhiasan membawa barang-barang hantaran yang cantik-cantik. Antara barang-barang hantaran yang dipersembahkan termasuklah tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, dan jambatan emas dan perak dari Pulau Pinang ke Greenwood, Gombak. Semua hadirin dan hadirat memandang sambil tercengang-cengang. Memandang dalam kekaguman. Memandang dalam ketidak percayaan.

Dayang-dayang istana - Yaya, Shahira, Suraya, Shasha dan Ika.
Ramai lagi dayang-dayang istana yang berkhidmat membawa barang-barang hantaran.
Mempersembahkan barang-barang hantaran dengan perasaan penuh kebanggaan.
Banyak jugak barang yang dipersembahkan.
Wanie, Nurin dan Intan turut terjebak membawa barangan.
Wanie meletakkan hantaran di hadapan pelamin.
Intan meletakkan kek di atas lantai sebelum sempat pun dijamah kek itu.
Sebahagian barang hantaran untuk Rusydi.
Barang yang ini pun untuk Rusydi jugak.
Buah-buahan tu nampak berkilat sebab kena polish dengan wax kereta.
Kemeja, kasut dan macam-macam lagi.
Balak ni kami jumpa kat belukar sebelah Kidz Cabin. Terus kami hias dan jadikan barang hantaran.
Kek kahwin dengan tulisan dalam bahasa Sanskrit.
Sepasang kasut dan barang make-up untuk lelaki.
Tiga beradik dan Baby Falique.
Kois dan Eida meraikan adik mereka.
Kak Timah: "Kau, kau, kau, pergi kat sana. Yang lain, ikut aku!"
Cuba teka, siapa yang sedang tercengang-cengang?
Adik-adik yang turut meraikan kekanda mereka.
Barang-barang hantaran itu diletakkan di hadapan pelamin untuk tatapan kedua-dua pengantin. Wartawan Yaman terus mengambil gambar dan video kerana tak pernah terlihat sesuatu yang sangat hebat dan mengagumkan seperti itu. Dan aku sendiri terus mengambil gambar wartawan Yaman kerana tak pernah melihat seorang wartawan dari benua Arab berpakaian pelik seperti beliau. Dan aku tak taulah siapa pulak yang mengambil gambar aku.

Wartawan Yaman berkain songket.
Semua berwajah ceria.
"Kakak kami dah kahwin!"
Dan pengantin Rusydi dan Ika terus bersanding. Berpandangan sesama sendiri. Tak berkata apa-apa. Sekadar menatap wajah dan tersenyum. Bagaikan tidak percaya bahawa mereka kini telah disatukan dengan ikatan yang sah. Sah sebagai suami dan isteri. Oh yeah!

Bersambung...

Mata bertentang mata.
Bersanding dalam kegirangan.
Tersenyum kegembiraan.
Shakirah menjadi mak andam pada malam itu.
Tetiba ada benda kelakar yang menyebabkan mereka tertawa. Keh keh keh....

No comments:

Post a Comment