Bahagian 6
Kedua-dua pengantin telah dipersembahkan dengan
barang-barang hantaran yang sangat cantik. Kemudian kesemua dayang-dayang istana telah dijemput naik ke atas pelamin bersama pengantin. Maka berpusu-pusulah para dayang dari seantero negara bersusun-susun untuk berada pada posisi yang strategik agar kelihatan anggun dan bergaya. Rusydi langsung tidak menyangka secara tiba-tiba dikelilingi oleh sebegitu ramai gadis dan perawan. Lalu tertunduk sambil beristigfar panjang.
|
Dayang-dayang mengerumuni pelamin. |
|
Cuba teka, ada berapa orang dayang istana kesemuanya? |
|
Pelamin masih sesak dengan para dayang. |
|
Pelamin dibuat supaya tahan lasak. Kalau tak, pasti sudah roboh. |
|
Ika, Intan dan Safiah. |
|
Pengantin masih duduk tertib. |
|
Antara yang ada di pelamin. |
|
Jom tunjuk pengantin! |
|
Jom tunjuk pengantin lagi! |
|
Okay. Kami dah puas tunjuk kat pengantin. |
|
Tapi kena paksa. So, kami tunjuk jugaklah kat pengantin sekali lagi. |
Pada sebelah malam, setelah solat maghrib, kami berkumpul lagi di ruang hadapan Tadika Kidz Cabin. Kali ini ada majlis khatam Al Quran. Syahmie dan Wanie pula yang duduk bersila di pelamin. Ibuku telah membuat satu request agar Syahmie memperdengarkan bacaan Surah Ar Rahman. Malangnya, majlis bacaan surah telah dimulakan sebelum ibuku sempat sampai ke Kidz Cabin. Tak dapatlah ibuku mendengar bacaan Al Quran oleh Syahmie. Setelah selesai membaca surah Ar Rahman, barulah kedua adik-beradik itu bergilir-gilir membaca Surah lazim sempena meraikan Wanie yang baru selesai menghatam Al Quran. Setelah tamat majlis itu, kami semua mengaminkan doa yang dibacakan oleh Syahmie.
|
Syahmie mengalunkan bacaan Al Quran. |
|
Bacaan surah Ar Rahman oleh Syahmie. |
|
Bertaranum. |
|
Syahmie dan Wanie. |
|
Majlis khatam Al Quran pulak. |
|
Wanie pula yang membaca Al Quran. |
|
Bergilir-gilir membaca surah. |
|
Seorang membaca. Seorang lagi menyemak bacaan. |
|
Hampir selesai majlis khatam Al Quran. |
|
Doa penutup majlis. |
|
Amin ya rabbal alamin. |
Setelah selesai majlis khatam Al Quran, para jejaka dan anak teruna sibuk membuat perbincangan ilmiah mengenai adat istiadat perkahwinan di Gugusan Kepulauan Melayu di Nusantara. Diskusi berlangsung hebat dan penuh dengan keseriusan. Apalah agaknya yang dibincangkan? Aku pun tak tau. Tetapi ada kena mengena dengan kesinambungan majlis perkahwinan ini.
Bersambung...
|
Hafez selaku floor manager menunjukkan cara-cara untuk bersanding secara santai. |
|
Ini adalah gaya teruna ayu. |
|
Faridz, Hidayat dan Syafiq sedang berbincang pasal siapa yang akan bertemu jodoh dahulu. |
|
Ibuku turut hadir. |
|
Yana dan Wanie. |
|
Adikku pun ada di majlis itu. |
|
Faridz selaku kapten mempertikaikan program yang tertulis di lampiran. |
|
Syafiq cuba menjelaskan situasi yang sebenarnya. |
No comments:
Post a Comment