Bahagian 3 (Akhir)
Setelah menjamu selera dengan pokok jarum 7 bilah, kami kembali berkumpul di dalam rumah. Dalam rumah, kami menjamu selera dengan menu utamanya nasi lemak Mak Anjang. Semua yang hadir kelihatan sangat berselera menikmati juadah istimewa pada malam itu.
Aktiviti selanjutnya adalah mengagih-agihkan duit raya kepada yang masih belum menerimanya. Khusus buat anak-anak Abang Karim. Satu orang dapat satu bungkus angpow. Isinya hanya masing-masing yang tahu. Tidak banyak. Tetapi cukuplah untuk semua anak saudara berasa heppi.
Faiisal dan Kak Piah sedang menjamu selera. |
Masih menjamu selera. |
Anak-anak saudara mula beratur. Dan ada errr...... sorang yang tak berapa anak saudara turut nak tumpang sekaki. |
Setelah itu, kami menunggu seketika untuk mengagih-agihkan duit raya kepada yang masih belum menerimanya. Khususnya buat anak-anak Abang Karim. Semua beratur panjang menanti habuan. Begitu teruja anak-anak saudara menerima pemberian Mak Usu mereka. Selanjutnya, saksikanlah sendiri gambar-gambar ini.
Kami di rumah Kak Esah sehingga lewat malam jugak. Dan anak-anak dah sangat keletihan. Kami perlu pulang. Mata dah mengantuk. Tubuh dah letih. Jom pulang. Jom tidur.
TAMAT.
Menghulur duit raya pada yang kecil dahulu. |
Sabriena jadi orang kanan Mama. |
Mencium tangan tanda terima kasih. |
Adam turut beratur bersama yang lain. |
Anak saudara yang lebih tua beratur di belakang. |
Sabriena menjadi tukang bagi duit. |
Cium tangan lama-lama sikit. Berharap agak duit raya diberi lebih banyak. |
Anak-anak Abang Karim masih lagi beratur panjang. |
Sabriena masih menghulur wang raya. |
Giliran Saiful pulak. |
Adik-beradik mendukung baby. |
Safiyah turut menerima wang raya. |
Syed Saleh Al Yahya. |
Syed Ali sedang menikmati keenakan mendapat duit raya. |
Syakirah gembira bersama Mak Usunya. |
Sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Final - Harimau Malaya lawan Brazil. |
Neymar dari Brazil berjaya menjaringkan gol pertama. Penonton semakin resah. |
Game tamat. Malaysia kalah final 0-1 kepada Brazil. Penonton hampa. |
Ali terus tak berselera nak makan. |
Faiisal terus main telefon. Lagi best. |
No comments:
Post a Comment