13 September 2015 - Dulu orang banyak kahwin masa cuti sekolah. Paling banyak sekali majlis perkahwinan ialah pada hujung tahun. Bulan sebelas, bulan dua belas memang banyak dapat jemputan ke majlis perkahwinan. Tapi itu dulu. Sekarang orang nak kahwin dah tak kira musim. Cukup haul dan cukup syarat, maka kahwinlah sesama mempelai. Maka pada masa bukan cuti sekolah yang lalu, kami pergi ke satu majlis perkahwinan kawan pejabat isteriku di Putrajaya. Nama pengantin perempuan tu ialah Alia.
|
Anak-anak kehausan. Masing-masing mendapatkan minuman. |
|
Amier makan nasi dan Wanie makan aiskerim. |
|
"You don't take my picture, hah!" kata Sabriena kepada paparazzi. |
|
Amier menjilat aiskerim untuk merasa tahap kesejukannya. |
|
Amier menghidu aiskerim untuk memastikan ianya tidak basi. |
|
Amier jilat lagi aiskerim untuk menentukan kuantiti cokelat yang diadunkan. |
|
Makan kuih selepas makan nasi. |
Makanan yang disaji agak pelbagai. Lepas dah kenyang makan nasi, kami makan pulak kuih-muih. Dan sebagai penutup tirai, kami makan aiskerim kon. Bukan kon jalaraya, ya? Selepas makan, kami terus menerpa ke arah pengantin di atas pentas. Aku ambil gambar wife dan anak-anak dengan pasangan pengantin. Sempat jugak aku tanya kat jurukamera profesional tentang kaedah penggunaan kamera yang betul. Entah kenapa, pada hari ni, kamera Nikon aku buat hal pulak. Semua gambar yang diambil jadi terang memancar-mancar. Adakah kerana cahaya seri dari pengantin. Biarlah ia kekal menjadi sebuah misteri. Inilah yang dinamakan sebagai Misteri Nusantara.
Kepada kedua-dua pengantin, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga barokah bersama kalian.
|
Dapat aiskerim kon satu. |
|
Bergambar bersama pengantin di atas pelamin. |
|
Ramai jugak tetamu yang beratur untuk bergambar bersama raja dan permaisuri sehari ini. |
|
Let's go home. |
No comments:
Post a Comment