m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 5, 2015

Kak Salmiah mengahwinkan anak di Putrajaya: Sampai lewat

Bahagian 1

29 Ogos 2015 - Kami ke Putrajaya lagi. Seorang lagi teman sepejabat isteriku mengahwinkan anak. Nama ibu pengantin adalah kak Salmiah. Kami tiba di tempat majlis sangat-sangat-sangatlah lewat. Tempat majlis tu agak menarik jugak. First time kami sampai kat sana. Dia macam sebuah kolej. Luas kawasannya.

Sabriena nak buat lambang thumb up a.k.a. good. Tapi jadinya lain pulak.
Amier yang kehausan sedang minum air.
Air telah pun diminum.
Syahmie setelah menjamah pulut kuning.
Wanie melegakan lidahnya yang pedas dengan segelas air.
Beginilah suasana di dewan majlis. Triple volume high.
Masa kami sampai tu, kami lihat ibu dan ayah pengantin sedang melambai-lambai selamat tinggal kepada para tetamu yang lain. Dewan majlis pun sangat lengang. Kami masuk jugak. Dan makanan di meja hidang pun dah berkurangan. Kami ambil sedikit pulut kuning yang dipadankan dengan rendang daging versi Negeri Sembilan. Pergh! Terangkat! Memang sangat sedap. Walaupun lidah kami perit menahan pedas. Tapi kami sangat menyukainya.

Lepak sekejap sebelum bergerak pulang.
Syahmie memberikan adik bongsunya segelas air.
Sabriena dengan segelas air sirap.
Nak minum atau tidak? Sabriena berfikir sejenak.
Baiklah. Saya akan minum air sirap ini.
Bergambar dengan ibu dan bapa pengantin.
Terima kasih kepada Kak Salmiah sekeluarga.
Setelah makan, kami minta diri untuk berundur. Pergi meninggalkan pekarangn dewan majlis. Sempat jugak isteriku menaiki kereta kuda yang terdampar di suatu sudut kawasan kolej ini. Ingat di hati nak balik ke KL naik kereta kuda aje. Tapi akhirnya kami putuskan untuk naik kereta aje. Kepada Kak Salmiah sekeluarga, selamat menerima menantu dan ahli keluarga yang baru. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput kami.

Bersambung...

Di luar bangunan kolej ini.
Jom kita naik kereta kuda ke Kuala Lumpur.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia.
Di manakah gerangan perginya kuda yang sepatutnya menarik kereta ini? Masih menanti.

No comments:

Post a Comment