26 September 2015 - Kami mendapat satu undangan untuk ke majlis aqiqah di Subang Jaya. Yang menjemputnya ialah kawan ofis wife aku. Jas nama panggilannya. Masa tu jerebu tengah teruk kat luar. Bacaan IPU hampir mencecah 2.6 billion. Maknanya dah sampai ke tahap kritikal dan super bahaya. Namun demikian, majlis yang telah dirancangkan terpaksa diteruskan juga. Dan tetamu jugak ramai yang datang meraikan kehadiran bayi baru dalam keluarga Jas.
Sedang menjamu selera dengan penuh kepuasan. |
Wanie dan Syahmie baru saja selesai makan. |
Sabriena dan Amier turut enjoy berada di situ. |
Sabriena makan puding cocktail. Ini memang dessert favourite aku. |
"Yeay! Saya dah kenyang. Dan saya sangat happy!" |
Makanan yang disediakan agak pelbagai dan enak-enak belaka. Kami terus saja menerpa ke arah makanan yang telah terhidang. Dari main dish, sampailah ke dessert. Semua kami makan sampai puas. Setelah makan, kami jengah ke dalam rumah sekejap. Nak tengok pelamin baby. Dan nak tengok baby jugak yang sedang lena dengan aman. Kami ambil gambar baby. Kemudian isteriku meminta izin mendukung baby. Dan turut bergambar bersama Jas dan anaknya. Sesudah habis acara, kami terus pergi meninggalkan pekarangn rumah Jas. Waktu kami beredar, jerebu masih lagi tebal, dan bagaikan semakin menebal. Dengan pandangan tajam bak helang, kami terus meredah kabur jerebu dan bergerak menuju ke rumah.
Bergambar bersama Jas dan baby. |
Jas masih dalam pantang. |
"Inilah baby yang comel itu", kata isteriku. |
Tiba-tiba baby terjaga. |
Jas agak sibuk melayan tetamu pada siang hari itu. |
Pelamin baby yang cantik berhias. |
Baby sedang nyenyak tidur. |
Isteriku nak bawa balik baby ni. |
No comments:
Post a Comment