Bukan Mat Keri yang terlewat,
Lauk-pauk telah awal-awal ditempah,
Tetapi kami yang terlewat keluar rumah.
Bukan Mat Keri yang terlewat,
Pelamin dan cenderahati telah lama tersedia,
Tetapi kami memenuhi jemputan sepupu dulu yang tarikhnya serupa.
Bukan Mat Keri yang terlewat,
Khemah telah dipasang sepadan,
Tetapi kami yang tersesat dalam perjalanan.
Bukan Mat Keri yang terlewat,
Semua tetamu dilayan, walau siapa pun yang datang,
Bila kami sampai, dewan telah lengang!
Bergambar bersama Mat Keri sebagai kenangan. |
Cucu Mat Keri tumpang sekaki kat tepi. Masih malu-malu. |
Setelah beberapa jemputan kawan sekolahku untuk ke majlis perkahwinan anak-anak mereka tak dapat aku penuhi, aku telah berazam kuat, jemputan kawanku, Mat Keri kali ini akan ku penuhi juga. Sebelum ke sini, kami telah ke Serdang untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu kami. Lepas tu kena rush ke Shah Alam pulak. Jauh jugak jarak dia. Kami memang plan nak keluar awal. Tetapi ada banyak perkara yang kami perlu bereskan dulu. Akhirnya lambat jugak kami melangkah keluar dari rumah. Aku tahu kami akan lewat. Tapi aku tak kisah. Redah jugak highway dan jerebu kota. Syukur. Akhirnya sampai jugak.
Masa kami sampai kira-kira jam 4.30 petang, dewan majlis memang dah lengang. Semua tetamu dah balik. Mat Keri dah keletihan melayan tetamu. Keluargaku yang lain tak keluar kereta. Cuma aku yang bertemu muka dengan Mat Keri. Mat Keri ajak aku makan. Tapi aku menolak dengan baik. Kami duduk seketika dan berbual ringkas. "Teruk ya jerebu hari ni?" "Ya lah". Tu aje yang kami bualkan. Kengkawan sekolah kami baru saja pulang. Tak sempat aku bertemu walau dengan seorang pun dari mereka. Tak apalah. Hajat aku untuk ke tempat Mat Keri telah tercapai. Maaf kerana kami lewat. Dan terima kasih banyak-banyak kerana telah menjemput kami. Tahniah Mat Keri dan puteranya.
Aku terus mendukung cucu sulung Mat Keri ini. |
No comments:
Post a Comment