15 Ogos 2015 - Bulan Syawal baru aje lepas. Baru sehari atau dua. Dan kini baru masuk awal bulan Zulkaedah. Tapi tempias Syawal masih ada lagi. Jadi masih boleh buat open house raya kalau nak. Pada tarikh ini, kami dapat jemputan dari sepupuku, Izhar untuk ke satu majlis makan-makan. Ia merupakan satu kombinasi open house raya campur doa selamat kerana puteri sulung, Qamarina akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Begitulah dengar-dengarnya. Aku sendiri tak terlintas nak tanya sendiri dengan Izhar untuk mengkonfirmkannya. Yang aku ingat, masa sampai kat rumah Izkar tu, kami terus aje ke meja makan dan memakan segala hidangan yang ada di atas meja.
|
Wanie sedang mencungkil gigi dengan lidi sate. |
|
Sambil makan minum air. |
|
Amier kurang ada mood untuk makan pada kali ini. |
|
Pakcik Rizali nak menjamah sate pulak. |
|
Sabriena makan nasi beriyani. |
|
Sate daging seladang ini kelihatannya sangat sedap sekali. |
Aku agak konfiden masih ingat lagi hala ke rumah Izhar. Sekali bila dah sampai ke Bukit Jelutong, aku terus konfius arah sebenarnya. Pusing melilau-lilau entah ke mana-mana entah. Rupa bentuk kawasan perumahan tu memang dah bertukar seratus peratus. Macam Transformers! Tapi akhirnya kami sampai jugak dengan selamat. Nasib baik hidung aku masih power untuk menghidu bau makanan yang dihidang. Walaupun kami sampai lewat, makanan masih banyak lagi. Aku makan laksa Johor dan sate, serta beberapa dessert yang lain. Saudara-mara yang lain masih ada lagi kat situ. Selepas makan-makan, dan berbual ringkas, kami memohon diri untuk pulang. Next time kalau kami ke rumah Izhar lagi, kami akan make sure bawak joran pancing dan umpan sekali untuk memancing ikan kat sungai depan rumah Izhar. Lepas tu kita masak barbeque.
|
Sepupuku, Wadi dengan puteranya. |
|
Ina dan Suridah turut hadir. |
|
Azfar, Naimah dan Wani. |
|
Azfar dan Wani sedang menjaga baby mereka. |
|
Inilah tuan rumah, sepupuku, Hj Izhar. |
Yang jauh tp dekat di hati...
ReplyDelete