3 Julai 2015 - Kakak iparku, Kak Esah menyambut hari jadinya. Anak-anak dan isteriku telah mengaturkan satu majlis ringkas. Sepontan. Selain kami sekeluarga, Kak Piah, Kak Timah dan keluarga turut hadir ke majlis sempoi ini. Sebiji kek cokelat telah dipersembahkan. Buah strawberi dari kebun Abang Leman telah dipetik dan disematkan ke atas kek cokelat tadi. Lima batang lilin besar, dan empat batang lilin kecil ditusukkan ke dalam kek. Bermakna usia Kak Esah telah mencecah 54 tahun.
Kek hari jadi Kak Esah. |
Ruang tamu digelapkan. Kak Esah bersendirian bersama kek. |
Meneliti kek yang cantik. |
Meniup api pada lilin. |
Kek dipotong setelah diukur dengan pembaris bagi memastikan pembahagian sama rata. |
Api dipasangkan pada sumbu lilin. Lampu dipadamkan seketika. Ruang tamu jadi gelap. Lebih gelap dari malam. Lebih gelap dari perut gua. Lantas kami menyanyikan lagu. Kami menyanyi lagu Negaraku, lagu Hingga Menutup Mata (Acha Septriasa). Tetiba Ika mencelah. "Hello everybody, salah lagulah!" Lalu kami mencari lirik lagu Happy Birthday. Setelah memperolehinya, barulah kami menyanyi lagu Happy Birthday. Disusuli dengan lagu Allah Selamatkan Kamu. Serta lagu Panjang Umurnya. Kak Esah lantas memadamkan api pada sumbu lilin dengan menggunakan fire extinguisher. Kak Timah dan Ika siap memberi tunjuk ajar cara menggunakan fire extinguisher, hasil kursus ringkas oleh pegawai bomba di Kidz Cabin tempoh hari.
Bergambar bersama-sama. |
Satu lagi family photo. |
Abang Azman menyuap Kak Esah. Sabriena yang bukak mulut. |
Menyuap kek pakai pisau kek. Rock betul. He he he... |
Menikmati keenakan kek. |
Masih mengunyah kek yang agak liat. |
Kali ni suap kek pakai sudu pulak. Barulah romantik. Wink wink! |
Abang Azman yang dari tadi duduk di samping Kak Esah telah menyuapkan sepotong kek ke dalam mulut Kak Esah. Dan kami bergambar bersama-sama. Lantas aktiviti makan-makan dilanjutkan sehinggalah malam semakin lewat. Dan kami pun memohon untuk pulang. Selamat hari lahir kekanda Kak Esah. Semoga segala yang baik di dunia dan akhirat akan dikurniakan oleh Allah kepada Kak Esah.
Dua sepupu melihat i-phone. |
Sabriena turut tumpang sekaki. |
No comments:
Post a Comment