11 April 2015 - Kawan sekolah aku dah ramai jugak yang mengahwinkan anak masing-masing. Ada yang dah jadi datuk. Yang dah jadi Dato' pun ada jugak. Tapi bukan Dato' tu yang aku maksudkan. Yang aku maksudkan ialah datuk yang ada cucu tu. Maka pada suatu hari yang damai, aku telah menghadiri jemputan seorang lagi kawan sekolah aku yang satu batch ketika di MRSM KB dulu, yang mengahwinkan anak lelakinya. Nama kawan aku tu Elias. Majlis diadakan di Kompleks PKNS Kelana Jaya. Tapi kami ke sana bukan untuk bersukan, walaupun kat situ memang cukup banyak fasiliti sukan. Malah aku pun pernah beberapa kali main tenis kat kompleks tu.
|
Bergambar bersama sebelum memulakan bersembang pasal bola. |
|
Bergambar lagi, sebelum menukar topik perbincangan kepada hal-hal politik. |
|
Hal-hal politik membuatkan ahli meja bulat menjadi agak emosional. |
|
Keluargaku meneruskan agenda makan sampai kenyang. |
|
Bergambar dengan bapak pengantin. Kali ini kami akan berbual pasal menimang cucu pulak. |
|
Topik ini menjadi kegemaran kawanku Boboq. |
|
Haz dan Azmil mendengar dengan penuh perhatian. |
|
Pengantin dua mempelai. |
|
Kalau muka bosan ni mestilah topiknya pasal collection duit kutu. |
|
Tiba-tiba Mus Boboq menjadi emo. Bukan emu. Emu tu burung. |
|
Siapa kat luar tu? Masing-masing menjenguk. |
|
Masih berborak lagi. Entah apa pulak tajuknya. |
|
Mus Boboq terkedu bila Haz menyatakan hasratnya untuk membuka bisnes import eksport international. |
|
Kapok dan Oth bagai tak percaya apa yang didengari mereka. |
Kami sekeluarga sampai agak lewat jugak sebenarnya. Tapi masih belum pukul 4 petang lagi. Kami masih berkesempatan untuk makan. Selepas makan, aku terus duduk dengan geng-geng sekolah aku. Semua duduk mengelilingi meja bulat. Dan kami pun berbuallah pasal entah apa kebendanya. Kawan-kawan aku ni, walaupun kerap berjumpa, masih tak kering modal untuk berbual sesama sendiri. Cuma aku aje yang dah ketandusan idea untuk berkata-kata. So, aku lebih banyak mendengar, sambil berkata, "Aku sokong seratus peratus cadangan kau tu!" (Walaupun masa tu kawan aku tengah cakap pasal game bola Tottenham Hotspurs lawan Liverpool).
|
Aku dan Rafi dah berpakat nak pakai baju corak kain pelekat Gajah Duduk. |
|
Kami berjenaka pasal kisah-kisah lama ketika di zaman tadika dulu. |
|
Elias si bapa pengantin menjelir lidah kepada kami kerana kami hulur tangan kosong aje. |
|
"Makan nak, hulur tak nak. Ini yang aku hangin ni," bisik Elias. |
|
Akhirnya Kapok dan Mus Boboq telah bersetuju memeterai satu perjanjian sebagai BFF. |
|
Mus Boboq happy sebab dapat makan free. Free flow pulak tu! |
|
Bergambar dengan Mus Boboq, Haz dan Azmil sebelum berangkat pulang. |
|
Ini shot yang ke-203. Mus Boboq dah naik bosan. |
Setelah duduk agak lama dengan kengkawan aku tu, aku pun mintak diri untuk pulang. Tetapi... mereka bagaikan tak bagi aku pulang. Pintu dewan telah ditutup dan dikunci. Lampu digelapkan. Kaki dan tanganku diikat dan digari. Dan aku telah ditambat di tepi tiang. Arrrrghhh!!! Aku mengerang, mengupang, mengepah, meniram, melokan, melala dan menyiput sedut. Akhirnya aku berjaya jugak melepaskan diri dan terus membawa familiku menghala ke kereta yang kuparkir di luar. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku terserempak dengan seorang lagi kawan baik aku, yang jugak pernah menjadi dorm mate aku. Khairul Anuar Yahya namanya. Sempat aku bergambar sejenak. Kami berposing bagai Hindustan dekat 1200 shot jugaklah gamaknya. Lepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, barulah aku menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Tahniah buat keluarga Elias dan menantunya.
|
Bergambar dengan wife kepada Mus Boboq. |
|
Banner perkahwinan putera Elias. |
|
Inilah dewan majlis perkahwinan - Dewan Seri Delima. |
|
Bergambar dengan bapa pengantin. |
|
Tak lama lagi kau jadi datuk lah, Elias. |
|
Amier nak tumpang bergambar jugak. |
|
Sabriena pun tumpang sekaki jugak. |
|
Kami sempat membeli aiskerim yang dijual di luar dewan majlis. |
|
Terserempak dengan Khairul KAY kat luar dewan. |
|
Khairul KAY datang lewat sebab telah ditugaskan untuk membasuh pinggan mangkuk di dapur. |
No comments:
Post a Comment