m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 5, 2015

Kak Salmiah mengahwinkan anak di Putrajaya: Singgah di Burger King

Bahagian 2 (Akhir)

Bergerak dari majlis perkahwinan anak Kak Salmiah, kami terus berlegar-legar di sekitar Putrajaya. Tetiba terdetik dalam fikiran isteriku untuk singgah di Burger King untuk menggunakan kupon harga murah yang ada dalam simpanan isteriku. Aku setuju. Anak-anak lebih-lebih lagilah setuju. Lalu kami mencari lokasi Burger King di Putrajaya dan masuk ke premis itu.

Kami mula menjamu selera.
Terpancar keceriaan ketika menjamah  burger yang enak ini.
Penuh meja kami dengan makanan dan minuman.
Besar betul burger ini.
French fries bertaburan di dalam dulang.
Berhempas pulas untuk menghabiskan hidangan di atas meja.
Makan terus sampai kembung perut.
Pelanggan tidak ramai di situ. Cuma ada beberapa orang warga luar negara (mungkin dari negara-negara Arab atau India) yang sedang menjamu selera. Kami mula beratur. Dan isteriku mengeluarkan seluruh kupon harga murah dan menyerakkan di atas kaunter pesanan. Pesanan dibuat. Macam-macam pesanan dengan pelbagai makanan untuk kami berenam. Kami cuma perlu bayar RM48 sahaja. Boleh tahan jugak. Setelah pesanan sampai, kami pun mulalah menjamu selera dengan bersungguh-sungguh sampai terlalu kenyang. Sesudah itu barulah kami beredar dengan perasaan yang sangat puas hati. Bye-bye Burger King!

TAMAT.

Burger ini lebih besar dari Sabriena!
Sabriena sangat bangga mendapat burger yang sangat besar ini.
Satu, dua, tiga, ngap!!!
Uuuuuhhhhh... sedapnya ini burger!
"Adik nak makan lagi!"
Ngap sampai habis seluruh burger.

No comments:

Post a Comment