15 Jun 2013 - Sepupu sulungku Kak Ana kahwinkan salah sorang anaknya tahun lepas. Nama anaknya Asma. Nama menantunya pulak ialah Syafiq. Majlis kenduri kahwin yang ini kami sampai awal. Antara tetamu terawal yang sampai. Majlis dibuat di Felda Villa dekat dengan Jalan Semarak, Keramat. Tempatnya sederhana besar. Best-nya datang awal ialah pasal makanan yang terhidang masih belum terusik lagi. Kira kamilah yang merasmikannya. Nasi dan lauk masih tak berselerak. Selera pun pastinya makin terbuka. Standard caterer D'Saji memang agak sedap. Jadi kami pun makanlah dengan penuh berselera.
|
Wanie dan mama mengambil makanan yang baru dihidangkan. |
|
Farid juga bersemangat mengambil makanan - fresh from the pots. |
|
Bersama Kak Eli. |
|
Bersama Lin dan Kak Yanti. |
|
Bersama Kak Yanti dan Kak Eli. |
|
Farid dan datuknya menjamu selera. |
|
Ibuku bersama Allahyarhamah kakakku. Rindu rasanya aku pada senyuman dan tawa kakakku itu. |
|
Anak beranak menjamu selera. |
|
Makcik Mini, Lin dan Izhar. |
Lepas makan, kami duduk berehat agak lama kat meja bulat tu. Sambil berjumpa saudara-mara yang lain yang turut hadir pada majlis yang meriah itu. Untuk peringatan korang, ini cerita lama. Mak aku masih belum kena penyakit
DVT. Masih boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda. Dan
Allahyarhamah kakakku masih bersama kami.
Ketika duduk berehat, kami ada ternampak beberapa wajah orang yang ternama yang turut menjadi tetamu. Antaranya adalah Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan 2, pelakon Rubiah Suparman, dan chef selebriti Chef Sherson Lian (yang menjadi hos rancangan 5 Rencah 5 Rasa di TV3). Aku yang kebetulan ada dekat dengan Rubiah Suparman sempat menegurnya, dan menyapanya mengenai restoran yang pernah aku kunjungi di Brickfields. Restoran itu yang dinamakan Restoran Puteri masih beroperasi macam dulu-dulu.
|
Pakcik Udin dan Makcik Razmah baru sampai. |
|
Dato' Seri Idris Jusoh dan VIP yang lain. |
|
Komen yang aku berikan pada borang yang disediakan. |
|
Asma sedang menunggu buah hatinya. |
|
Tersenyum bila ternampak Cik Abang sudah sampai di perkarangan villa. |
|
Syafiq baru sampai dan disambut meriah oleh ahli keluarga pihak perempuan. |
|
Syafiq berwajah ceria bagaikan "inner shine". |
|
Bergabung akhirnya. |
|
Pengerusi majlis pada pagi itu. |
|
Bersanding di pelamin ungu. |
|
Masih di pelamin ungu. Bukan warna pink. |
|
Pengapit tak dapat peluang nak duduk kat kerusi pengantin gamaknya. |
|
Syafiq dan Asma - bagaikan pinang dibelah dua. |
Setelah seketika menanti, pengantin lelaki pun tiba. Dan mereka beriringan berjalan menuju pelamin ringkas tetapi cantik berhias. Doa dibacakan dan acara selanjutnya adalah makan pengantin. Lepas tu kami pun baliklah pasal dah agak lama sangat kami kat sana. Kami mengucapkan terima kasih kepada Abang Mohd Nor dan Kak Ana kerana menjemput kami. Dan tahniah buat Asma dan Syafiq.
|
Ayah dan ibu kepada kedua-dua pengantin. |
|
Chef Sherson dan pasangannya. |
|
Duduk di meja VIP. |
|
Tapi masih belum boleh makan lagi. |
|
Baca doa selamat dulu. |
|
Mengaminkan doa yang dibacakan. |
|
Seniwati Rubiah Suparman. |
|
Berpimpin tangan untuk pulang - ibu dan Allahyarhamah kakakku. |
|
Sama-sama berpakaian warna biru. |
|
Sementara menanti aku mendapatkan kereta di tempat parkir. |
|
Menuju keluar. |
|
Jom kita balik. |
|
Wanie menanti di luar Felda Villa. |
|
Selamat pengantin baru - Asma dan Syafiq. |
No comments:
Post a Comment