8 Februari 2014 - Kami pergi ke satu jemputan majlis resepsi perkahwinan anak saudara kawan kami di Jabatan Saliran dan Pengairan di Ampang. Ali dan Saleh pun ikut kami jugak ke majlis yang sangat meriah tu. Kami sampai memang time orang tengah makan tengah hari. Maka sangat ramailah para tetamu yang hadir. Kebanyakan dari mereka kami tak berapa kenal pun. Tapi kami tetap meraikan pengantin dengan perasaan ceria dan happy.
|
Sedang menikmati juadah yang sangat hebat. |
|
Ali turut berasa terharu dengan kesedapan tempoyak kampung asli. |
Tak berapa lama kami berada di sana, pasangan pengantin pun tibalah dengan diiringi paluan kompang yang menggegarkan dewan dengan hingar yang membauri angkasa. Pengantin berpakaian sedondon warna merah saga. Mereka bagaikan buah strawberi merah dibelah dua. Masing-masing menguntum senyuman manis bak air sirap warna merah. Maklumlah, kini dah ada peneman hidup mendampingi sepanjang hari.
|
Pasangan pengantin baru tiba ke dalam dewan dengan wajah berseri-seri. Mesti sebab pakai sabun Breeze! |
|
Sedondon merah. |
Ustaz jemputan membacakan doa selamat dan berkat buat pengantin. Dan kami dan seluruh para tetamu mengaminkan doa. Amin. Kemudian doa makan dibacakan oleh kami. Ini bermakna masa untuk makan telah tiba. Dan aku terus beratur di meja hidangan. Aku nampak ada nasi minyak, dan ada juga nasi putih. Aku memilih nasi minyak. Setelah kucedok sepinggan nasi, aku baru perasan ada lauk-pauk hebat seperti daging masak lemak cili api, dan ada tempoyak spesel jugak. Aku taruh semua lauk tu dalam pinggan. Tak kisahlah walau pun tak berapa matching lauk dan nasi. Janji boleh masuk dalam mulut dan simpan dalam perut.
|
Mengaminkan doa. |
|
Saleh dan Amier turut berdoa. |
|
Tempoyak misteri nusantara yang menjadi bualan hangat dan menjadi kegilaan para remaja generasi X dan Y. |
|
Ali sangat teruja bila menikmati tempoyak. |
|
Mata Ali terbeliak besar bila tempoyak mencecah tekak. |
Dan di tempat duduk, aku pun mula mengunyah makanan yang telah kuambil tadi. Bila lemak daging yang tergaul dengan tempoyak kampung asli menyentuh lidahku, aku bagaikan terkedu bercampur terharu dengan kehebatan rasa makanan itu yang sangat-sangat tidak kujangka. Dan untuk seketika waktu aku bagaikan terkhayal dan ter-high dengan penangan tempoyak tadi. Melihat keadaanku yang bagaikan sedang ting-tong dek ganja, para tetamu yang kebetulan merupakan pegawai polis datang menyergahku. "Apasal awak macam mabuk ganja je ni? Awak ambil dadah ya?" Aku terkejut, lantas menjawab, "Tak encik, errr... datuk! Saya makan tempoyak ni aje. Tetiba saya jadi macam gini." Macam-macam soalan ditanya pegawai-pegawai polis tadi sebelum akhirnya aku dilepaskan. Kerana apabila mereka merasa tempoyak yang disajikan, mereka pun turut sama-sama tersandar dan terkhayal macam aku tadi.
|
Sedang berborak dengan Azleen. |
|
Bersama Azleen. |
|
Masing-masing mencedok nasi untuk disuapkan ke mulut pasangan. |
|
Bukak mulut! Aaaaammmm... |
|
Bergambar dengan pengantin. |
|
Tumpang glamer pangantin. |
|
Kek kondominium tiga tingkat. |
Selepas puas makan, sempat jugak kami bergambar dengan pengantin, beramah mesra dengan kengkawan yang kami kenali, dan dengan ahli keluarga tuan rumah. Setelah seketika berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling kami, kami pun memohon diri dari ibu dan bapa pengantin. Terima kasih kepada tuan rumah dan seluruh keluarga. Dan tahniah jugak kepada pengantin dua sejoli. Semoga kehidupan selepas ini lebih diberkati dan dirahmati Allah. Amin.
|
Sesaja aje aku ambil gambar brader hensem ni. |
|
Ratu pun kelihatan berseri-seri demi meraikan kakak sepupunya. |
|
Abang Hashim bertugas sebagai pengawal pintu gerbang merangkap penyambut tetamu. |
|
Bergambar dengan sebahagian keluarga pengantin. |
|
Wajah-wajah ceria di hari meraikan pengantin. |
|
Bersama kengkawan akrab. |
|
Di bawah gerbang diraja. |
|
Tuan rumah menyambut tetamu. |
|
Ayah pengantin. |
|
Bersama ayah dan ibu pengantin. |
|
Terima kasih kerana menjemput kami. |
No comments:
Post a Comment