29 Mac 2014 - Kawan ofis wife aku, Kak Hazi dan suami mengahwinkan anak mereka pada hari ni kat Cheras. Kami sampai kat lokasi kejadian agak lewat. Memang selalu jugaklah kami pergi jemputan wedding bila dah lewat petang. Itu kira dah menjadi kebiasaan kami. Tapi kami tak kisah. Yang penting kami kena datang bagi meraikan kawan kami ini.
Amier sedang menikmati nasi minyak. |
Syahmie sedang mengukur keluasan bukaan mulut sebelum menyuap nasi. |
Semua orang makan nasi. Tapi Sabriena lebih cenderung untuk makan cokelat. |
Sabriena kemam cokelat. Tapi tak telan. Mama terpaksa keluarkan cokelat dari mulut Sabriena. |
Sampai-sampai aje kami terus makan. Memang makanan dah tinggal sikit. Tapi untuk kami berenam beranak, sudah lebih dari cukup. Apa yang menarik mengenai makanan yang dihidangkan adalah, dia punya teh tarik, dan aiskerim macam kat MacDonald's. Terujanya aku!
Mulut Sabriena penuh dengan cokelat. |
Menyediakan aiskerim. Terbaek! |
Amier seronok dapat makan aiskerim. |
Bergambar dengan skuter vintage. |
Cantik berkilat skuter ni. |
Selepas makan, sempat jugak kami bergambar dengan pengantin. Siap ada motor skuter yang klasik kat depan pentas. Cantiknya skuter tu. Kilat menawan! Mungkin skuter tu akan digunakan oleh pengantin untuk pergi honeymoon nanti kot. Selamat pengantin baru kepada pengantin. Dan selamat menerima menantu kepada Kak Hazi dan suami.
Bergambar bersama pengantin baru. |
Kami pakai baju konsep purple. |
Seluruh anak beranak bersama pengantin baru. |
No comments:
Post a Comment