16 Mac 2014 - Kebetulan kami ada voucher diskaun untuk makan hi-tea di Restoran Atmosphere 360 di puncak KL Tower. Tapi untuk dua orang aje. Tapi kalau makan kat situ tak ajak ahli keluarga yang lain, tak best-lah pulak. Jadi kami ajak jugak anak-anak kami yang lain, ajak anak-anak saudaraku serta ayah dan ibuku untuk join kami makan kat KL Tower. Cuma ibuku tak nak ikut pasal dia tak berapa sihat masa tu. Tarikh makan dah tak boleh dipinda pasal dah nak expired. So, kira jadi ajelah. Maka bermulalah pengembaraan kami untuk makan kat restoran yang paling tinggi di Malaysia tu.
|
Sabriena sedang buat street miming act. |
|
Sabriena tak gayat langsung berada di ketinggian yang melampau macam ni. |
|
Amier suspen dan gayat berada di tepi tingkap. |
|
Sabriena terus explore ruang KL Tower macam Dora The Explorer. |
|
Tingginya..... Nak berdiri pun takut! |
Ini merupakan kali kedua aku ke sana. Sebelum ni, adik aku ada membelanja kami makan kat situ sempena hari lahir mak aku. Masa tu aku makan punyalah banyak. Dan restoran tu berpusing-pusing pulak tu macam gasing, sampai macam nak muntah aku dibuatnya. Serius! Memang aku rasa nak terkeluar habis segala isi perut aku. Nasib baik aku boleh kontrol. Kalau tak mesti dah bersepah-sepah muntah aku kat merata tempat di dalam restoran.
Ketika mula-mula sampai kat atas tu, aku nampak Amier macam gayat aje dengan ketinggian Menara KL tu. Lagi pun dia punya cermin condong semacam aje. Macam ala-ala boleh terjatuh aje. Tapi Sabriena relaks aje berlegar-legar di tepi cermin tanpa berasa suspen atau takut. Kami yang melihat Sabriena bersandar di tepi cermin yang berasa sangat cemas.
|
Ayahku teruja melihat makanan yang sebegitu banyak dihidangkan. |
|
Masa makan dengan mama. |
|
Yana pun seronok jugak dapat makan kat tempat tinggi. |
|
Penuh pinggan Wanie, menandakan Wanie sangat bersemangat ketika makan. |
|
Bersama ayahku. Penuh pinggan kami. |
|
Terus makan dan makan lagi. |
|
Buah tembikai menyegar tekak. |
|
Wanie dah start makan dessert. |
|
Amier happy dapat makan kat KL Tower. |
|
Thumbs up dari Amier. |
|
Sudut makanan kami. |
Kami terus dibawa oleh pelayan ke satu meja panjang. Dan terus aje kami ke tempat sajian untuk memilih makanan. Pilihan makanan taklah sebegitu banyak. Jadi kami kena makan apa yang ada ajelah. Standard makanan yang disajikan bagi aku adalah biasa-biasa aje. Taklah begitu hebat. Kelebihannya bukanlah pada makanan yang tersaji, tetapi pada pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilihat secara menyeluruh dari puncak menara.
|
Amier dan mama. |
|
Sabriena cukup suka menengok KL dari mata burung. |
|
Farid - sambil makan sambil layan handphone. |
|
Cantiknya KL bila dipandang dari sini. |
|
Amier termenung memikirkan macam mana dia nak turun dari puncak yang tinggi nanti. |
|
Melayan Sabriena sesudah selesai makan. |
|
Tetiba Sabriena berasa nak makan lagi. Laparlah pulak. |
|
Errr... tak jadi makanlah. Tapi nak kacau datuk dia makan. Lagi best. |
|
Farid sedang menilai semua jenis kek dah kuih yang disajikan. |
|
Sabriena nak kacau orang makan pulak. |
|
Kacau-kacau-kacau!!! |
|
Penutup makan petang dengan hirupan teh panas. |
|
Masa untuk bergambar pulak. |
Kami ulang-ulang makan untuk memenuhi masa. Makan pun tak gelojoh. Perlahan-lahan. Slow and steady. Barulah tak rasa macam nak muntah. Tapi Sabriena lebih suka berjalan-jalan di sekeliling restoran. Kalau suruh dia duduk setempat, nanti dia mengamuk dan menangis sebab nak bebas. Kalau dibiarkan bebas berjalan-jalan, barulah dia tersengih happy.
|
Mama melayan Sabriena yang suka berjalan pusing-pusing macam gasing-gasing. |
|
Sabriena duduk kepenatan setelah puas berjalan. |
|
Tetiba Sabriena mengamuk. Mungkin dia mengantuk kot. |
|
Wanie dan sistem solar. |
|
Wanie sedang mencuba menatang planet Musytari. |
|
Amier pulak nak tatang planet Musytari. |
|
Wanie cuba menimbang planet Zuhal pulak. |
|
Bersama sembilan buah planet di dalam sistem solar. |
|
Di bawah Marikh. |
|
Masih di bawah Marikh. |
|
Mendukung Sabriena supaya dia lebih tenang. |
|
Sabriena dah mengantuk. Nak baring atas lantailah. |
|
Duduk relaks kat tepi jendela pun best jugak. |
|
Masih melayan Sabriena. |
|
Amier sangat suka hati bila dapat melihat kelibat Muzeum Negara dan Masjid Negara dari atas. |
|
Nak ambil gambar pakai i-phone lah. |
Kami tak boleh lama sangat duduk dekat situ, sebab lepas ni kami kena hantar Wanie balik asrama kat Kajang. Wanie sangatlah happy pasal dapat makan-makan spesel sebelum balik asrama. Kat asrama, makanan sangatlah terhad dan ikut jadual. Amier pulak sangat-sangat happy pasal dapat nengok KL dari suatu ketinggian yang luar biasa. Dan yang lebih bermakna sebab dia dapat merasa naik KL Tower yang selalu dilihatnya di kejaluhan. Kami semua pulang dengan senang hati dan tak seorang pun di antara kami yang ada berasa nak muntah.
|
KLCC yang tersergam indah. |
|
Di luar restoran, sebelum pulang. |
|
Bergambar sementara menanti lif tiba. |
|
Kalau ada rezeki, kami akan datang lagi. |
No comments:
Post a Comment