16 Mac 2014 - Memang menjadi kebiasaan Kelab TTC (Titiwangsa Tennis Community) menganjurkan perlawanan persahabatan dengan geng-geng tenis lain di seluruh dunia bagi memantopkan lagi mutu permainan ahlinya dengan pendedahan yang lebih luas bila berdepan dengan pemain yang pelbagai teknik dan kemahirannya. Tetapi, yang lebih penting dari itu adalah melebarkan lagi jaringan persahabatan di kalangan pemain-pemain tenis di seluruh negara, malah di seluruh dunia juga. Team TTC pernah berentap dengan pemain-pemain dari Thailand yang dikenali melalui laman Facebook. Dan TTC bakal berentap dengan pemain-pemain handalan dari Amerika, Rusia, Switzerland, Spain, Serbia, Perancis dan lain-lain negara lagi. Cuma menanti masa dan saat yang sesuai saja.
|
Izat dan Azizul makan sarapan dulu sebelum memulakan perlawanan. |
|
Atok baktiar mencampurkan ubat kuat bagi menambahkan vitamin dalam tubuh para pemain. |
Pada pagi Ahad yang sejuk ini, kami perlu berdepan dengan satu geng tenis yang menggelar diri mereka RTA. RTA bukan bermaksud Radical Tennis Association. Bukan juga bermaksud Rakan Tenis Amatur. Tetapi RTA bermaksud Rashid Tennis Academy. Rashid merupakan salah sorang kenalan kepada Inche' Presiden TTC. Malah ada juga di antara players RTA yang telah aku kenali seperti Salam dan Afiq.
|
Sebahagan dari para pemain yang bakal beraksi di gelanggang. |
|
Bergambar beramai-ramai sebelum perlawanan dimulakan. Kiri TTC. Kanan RTA. |
|
Gambar untuk majalah sekolah. |
|
Gambar ni untuk masuk surat khabar BH pulak. |
|
Di depan sekali adalah Inche' Presiden TTA dengan Mister Rashid RTA. |
Aku dan pemain-pemain yang lain sampai agak awal dari biasa. Terus kami buat warm-up bagi mendapatkan rentak permainan yang berbisa. Tak sampai setengah saat sessi memanaskan badan, tetiba hujan mula merintik dari langit. Tik tik tik. Dan terus menghambur keluar curahan hujan yang agak lebat membasahi gelanggang volley ball. Gelanggang tenis pun basah jugak nampak gayanya. Inche' Presiden kata, "Kita akan berentap dalam masa satu jam dari sekarang!" Sangat konfiden ucapan Inche' Presiden. Lalu kami pun menunggulah di tempat duduk penonton. Sepuluh minit. Setengah jam. Empat puluh lima minit. Satu jam!!! Hujan masih terus mencucur deras. Tak ada tanda mahu berhenti. Kami terpaksa akur dengan rahmat kurniaan Tuhan ini. Dan kami terus menanti, dan terussssssss menanti.
|
Izat tengah merajuk. Abang Md Nor terpaksa memujuk. |
|
Haini sedang 'sound' Solehin pasal tak pakai topi keledar ketika beraksi di gelanggang yang licin. |
|
Tiga orang players RTA. Yang badan besar kat kanan tu namanya Afiq. |
|
Bertafakur seketika bagi mangsa-mangsa pesawat MH370. |
|
Dr Halim, Bomoh Haini, Ir Danial dan Wak Izat. |
|
Masih menanti hujan berhenti. |
|
Amir dan Dr Halim. |
|
Aril, Azizul dan Amy, menanti dengan penuh sabar. |
Penantian kami agak lama. Empat hari tiga malam kami kena berkhemah kat tepi gelanggang untuk menanti hujan berhenti. Kami siap bawak bot penyelamat apabila melihat air hujan telah semakin menaik hingga ke paras bahaya - mencecah bumbung dewan yang ada kat sebelah gelanggang. Masa menanti hujan reda inilah kami gunakan untuk beramah mesra dengan pemain-pemain dari RTA. Itulah sebahagian dari hikmah hujan turun dalam jangka masa yang lama. Bomoh Haini ada juga mencuba menolak hujan dengan menggunakan dua batang reket tenis yang telah dijampi serapah. Tapi nampak gayanya hujan masih ingin bermastautin di atas gelanggang. Redha ajelah.
|
Court masih terlalu basah. Tak memungkinkan kami untuk beraksi. |
|
Bomoh Haini sedang meneropong dan menolak hujan dengan dua reket yang telah dijampi. |
|
Nampaknya usaha Bomoh Haini tak berhasil. |
|
Akhirnya Bomoh Haini give-up dan terus tidur. |
|
Sessi menghabiskan bekalan makanan dan minuman. |
|
Karipap dan sandwich telah habis bersih dimakan para pemain. |
|
Amy dan Abang Md Nor dengan lambang keamanan dunia sejagat. |
|
Dua orang pemain veteran RTA yang sangat hebat. |
|
Bersiap-siaga untuk beraksi. |
|
Semangat juang tengah berkobar-kobar. |
|
Wak Izat sedang memberi ceramah agama pasal mandi junub kepada para pemain muda. |
|
Court masih basah. |
Tunggu punya tunggu, akhirnya sudah tak boleh tahan lagi, maaaaa... Inche' Presiden terus berteriak, "Jom kita belasah aje main dalam hujan! Tangan dah terketar-ketar tak sabar nak main ni!" Dan dua doubles pun berentaplah di tengah-tengah gelanggang yang basah, bagaikan paya. Inche' Presiden partner dengan Amy. Atok Baktiar partner dengan Amir. Kedua-dua team TTC menang perlawanan tersebut. Nampak gayanya TTCians boleh jadi wet court specialist.
|
Wak Izat dan Eddy. |
|
Eddy dan Wak Izat. |
|
Sessi pemanas badan - Atok Baktiar berpasangan dengan Amir. |
|
Amir sedang buat demonstrasi cara memukul bola basah dengan berkesan. |
|
Bola dipukul tanpa air terpercik. Itulah rahsia bermain tenis di dalam hujan. |
|
Kedua-dua pemain sedang bersiap-siaga. |
Akhirnya hujan mereda juga. Dan perlawanan seterusnya dilanjutkan. Kapten TTC pada hari itu ialah Haini. Aku telah dipasangkan dengan Ir Danial - pakar membuat pukulan-pukulan hebat menggunakan teorem pythagoras, dan sine cosine. Akhirnya tibalah giliran aku dan Ir Danial berentap dengan wakil dari RTA. Sebelum kami ke gelanggang yang masih basah, Inche' Presiden ada mengingatkan kami, "Jangan kejar bola sangat. Court licin. Kalau tergelincir jatuh, takut nanti langsung tak boleh main tenis." Kami akur dan patuh dengan arahan dari Inche' Presiden.
|
Atok Baktiar dengan gaya Usin Bolt bagi memastikan bola meluncur laju. |
|
Bola dilambung ke udara tak turun-turun sebab kena panah dengan petir. |
Lawan kami adalah Zul dan Tom. Dan perlawanan pun bermulalah dengan sangat sengit. Satu demi satu point kami serahkan kepada pihak lawan. Hingga akhirnya kami tumpas dengan kiraan 1-8. Aku ingatkan nak cuba dapatkan dua point. Boleh aku dengan Ir Danial bawak balik satu point sorang. Aku rasa kengkawan kami yang lain menang dalam perlawanan-perlawanan mereka. Barangkali cuma kami saja yang kalah kot. Tapi kami kalah ada sebab yang sangat rasional. Aku dan Ir Danial main taklah teruk benar. Cuma lawan kami tu bermain dengan sangat cemerlang. Serve dia laju macam F1. Ground stroke dia pun laju macam jet pejuang. Memang tak bertemu buku dengan ruaslah. Tapi sebab yang paling utama kekalahan kami ialah - pasal kami yang memang sangat setia dengan arahan Inche' Presiden telah bertindak sebagaimana yang diarahkan. Kami memang tak kejar bola langsung, walaupun bola tu lalu kat sebelah kami. Keselamatan perlu diutamakan ketika gelanggang basah. Itulah arahan Inche' Presiden yang kami pegang sampai ke hari ini. Dan kami sangat bangga tewas di tangan pemain RTA pada hari itu. Kalau main di gelanggang kering, mungkin lain pulak rentaknya. He he he...
|
Amy, Inche' Presiden, pemain RTA dan Salam. |
|
Team TTCians menang set ini. |
No comments:
Post a Comment