m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, November 1, 2013

Talisman Family Day: Menuju dewan makan

Bahagian 5

Setelah penat lelah letih semua superheroes menyelamatkan orang ramai yang dalam kesusahan, dan memerangi penjenayah yang berleluasa di bumi Malaysia ini, akhirnya semua superheroes ini pun mula berasa lapar. Lapar yang sangat dahsyat. Nasib baik jugaklah pihak Palace of Golden Horses ada menyediakan makanan di suatu ruang makan yang besar dan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak. Antara makanan yang dihidangkan termasuklah daging kuda masak gulai, daging kuda goreng bercili, sup ekor kuda, tapak kaki kuda masak lemak, dan macam-macam lagi masakan yang berunsurkan kuda. Untuk dessert, yang paling spesel ialah popcorn gigi kuda. Rasa semua makanan yang disajikan ini sangatlah sedap.

Chef sedang menyediakan tonik kuat kepada semua superheroes.
Saleh sedang main buih sakti yang mampu melumpuhkan penjenayah.
Amier dengan kipas berkuasa karannya.
Kak Hazi dan anak menyuruh brader artis melukis karikatur wajah mereka.
Dari padang menghala ke dewan makan.
Di luar bangunan dewan makan.
Kami sekeluarga antara yang terawal pergi ke dewan makan. Dengan menggunakan kelajuan superhero, kami terus meluru laju tanpa menoleh kanan kiri dan sampai ke dewan makan dalam masa beberapa saat sahaja. Kami tau, kalau lambat sikit nanti mesti ramai orang bersesak-sesak. Tempat duduk pun agak terhad. Jadi kami telah memilih tempat duduk yang berada disebelah meja makanan. Senang nak capai makanan!

Keluarga superhero Azah yang bahagia.
Suasana dewan makan sebelum ada pengunjung.
Yana dan Wanie bersedia untuk membuat serang hendap terhadap makanan di atas meja.
Bat Woman pun lapar jugak.
Keluarga superhero Kamarul bersiap-siap untuk makan.
Kamarul antara yang awal masuk ke dalam dewan.
Kita makan bagi kuat.
Bat Woman dan Kak Hazi.
Pasangan Bat Woman.
Dua orang chef yang mahir memasak masakan yang berkhasiat untuk para superheroes.
Lauk tengah hari.
Sayuran dan ulaman untuk superheroes.
Lauk yang ada vitamin tinggi.
Sedap lagi berkhasiat.
Kuih lapis ini bersempena dengan Jalur Gemilang.
Dalam keadaan yang sangat lapar tu, aku nengok semua makanan yang tersaji sangat menyelerakan. Maka aku cuba satu persatu, sampailah perut superhero ku rasa macam tak mampu mengisi lebih banyak makanan ke dalamnya. Makanan dari segenap pelusuk bumi ada terhidang. Makanan Melayu, Cina, timur dan barat, semuanya ada. Memang bergelodaklah perut aku kerana telah mengadukkan semuanya sekali di dalam perutku yang tak sebesar mana ini.

Ana dan anak.
Dewan makan telah dipenuhi dengan superheroes.
Semakin lama semakin ramai superheroes yang datang.
Memilih makanan kegemaran.
Aku nengok semua orang pun makan dengan penuh selera jugak. Licin licap semua pinggan hidang yang ada di atas meja. Lauk, sayur dan nasi semuanya habis dibaham superheroes yang kebuluran bak pelarian Rohingya. Tapi aku faham, selepas kenyang nanti, superheroes ini akan pergi berjuang menyelamatkan bumi lagi. Maka biarkanlah semuanya makan sekenyang-kenyangnya untuk mengumpul tenaga sebanyak mungkin bagi menyambung usaha murni membebaskan bumi dari jenayah.

Bersambung...

Bat Woman mengambil makanan kegemaran.
Berbaris memilih makanan berkhasiat.
Yana dan Wanie suka makan. Hari-hari Yana dan Wanie makan.
Nordin di belakang menunjukkan isyarat World Peace.
Dua orang musuh Batman (The Jokers) sedang menyamar di dalam dewan makan.

No comments:

Post a Comment