m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, November 3, 2013

Melawat Syahmie dan sambut hari jadi

21 April 2013 - Kami anak beranak pergi ke Gemencheh melawat Syahmie yang belajar di MRSM di sana. Ada tujuan lain selain sekadar nak melihat keadaan Syahmie. Kami juga nak meraikan hari jadi Syahmie yang ke-14. Jadi kami siap bawak kek dari rumah. Mak aku yang buat kek tu. Setelah menjemput Syahmie di asrama, kami terus bawa dia keluar ke Gemas untuk makan tengah hari. Kami singgah di KFC. Dan makan sampai kenyang.

Di belakang KFC.
Berselera sungguh kami menyantap juadah KFC.
Sabriena pun nak tumpang makan jugak.
Dah lama Syahmie tak makan KFC.
Antara menu pada tengah hari itu.
Wanie bersedia untuk menelan sebijik burger yang hebat ini.
Setelah makan tengah hari, aku ajak wife aku pergi melawat Stesen Keretapi Gemas yang kebetulan terletak di belakang KFC. Sesaja nak nengok stesen keretapi lama. Ada lukisan klasik tergantung di dinding stesen. Cantik jugak lukisan tu. Tengok landasan keretapi pun dah cukup membuat aku teruja. Macam cerita hindustan lama-lama dulu. Tapi aku jugak perasan, ada bangunan baru yang telah siap dibina bersebelahan dengan bangunan lama. Aku rasa tak lama lagi bangunan atau stesen baru ini akan digunakan sepenuhnya oleh orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan KTM.

Di hadapan Stesen Keretapi Gemas.
Di dalam bangunan stesen keretapi yang lama.
Menengok jadual perjalanan dari Gemas ke London.
Alamak! Klasik sungguh bergambar kat landasan keretapi.
Amier dan landasan keretapi.
Syahmie sedang menunggu keretapi tiba untuk pergi ke Gemencheh.
Lukisan atas dinding yang sangat cantik.
Dari Stesen Keretapi Gemas, kami terus meluru ke MRSM Gemencheh. Kami duduk lepak di kafeteria setelah solat. Kek yang kami bawak dari KL kami hidangkan di atas meja makan. Kami nyanyikan lagu Happy Birthday dengan nada perlahan, dan menyuruh Syahmie memotong kek. Sebenarnya kami suruh Syahmie ajak kawan-kawan rapat dia datang ke kafeteria untuk sama-sama meraikan hari jadi Syahmie. Tetapi semua kawan-kawan yang diajak malulah pulak. Tapi semua nak makan kek. Jadi kami rasa sorang sedikit sepotong kek. Dan yang selebihnya kami bagi Syahmie untuk dia agih-agihkan kepada kengkawan sebiliknya. Sesudah meraikan Syahmie secara ala kadar, kami pun berlepaslah ke Kuala Lumpur dengan selamat.

Dua orang adik perempuan Syahmie.
Kek hari jadi. Mak aku yang buat, wife aku yang hias.
Bergambar anak-beranak.
Kawan-kawan Syahmie semuanya malu nak datang.
Teruja sungguh kami.
Syahmie memotong kek terbelah dua menggunakan pisau yang paling tajam di dunia.
Masih memotong kek.
Ibu dengan empat orang anak.
"Give me five,"kata Sabriena.
Tak puas potong kek lagi.
Wanie dan Syahmie.
Amier dah kenyang makan sepotong kek.
Bapak dan anak.
Anak dan bapak.
Bapak borek, anak rintik.
"Okay, lepas ni kita balik!"

No comments:

Post a Comment