Bahagian 1
10 Mei 2013 - Enam bulan lalu, seorang lagi anak saudara isteriku mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Setelah Anizah, Huda, Zuan, Zila, Wawan, Siti, Nadia dan Kois, kini tiba pulak giliran Elin diijabkabulkan. Tapi itu enam bulan dulu. Dalam erti kata lain, ini kisah lamalah. Tak apa. Bagaikan tempoyak, lagi lama, lagi basi, lagi sedap dan lagi kaw penangan tempoyak tu. Ikutilah kisahnya.
|
Saiful sedang membuat ukiran yang diperbuat daripada kayu cengal. |
|
Hidayat dan Saiful bertungkus lumus memotong kayu balak bagi menghasilkan ukiran terulung di zaman ini. |
Masing-masing ahli keluarga sibuk menyiapkan keperluan majlis, baik majlis pernikahan, mahupun majlis resepsi. Blog yang lepas ada aku kisahkan pasal pembikinan barang-barang hantaran dan hiasan. Kali ni aku cuma sempat ambil gambar Saiful dan Hidayat sedang pulun buat pelamin yang telah diukir indah oleh pakcik-pakcik kepada Elin. Seperti biasa, geng pelamin diterajui oleh Abang Khalid, Abang Leman dan Abang Karim. Biarkan dulu kisah buat pelamin untuk sementara waktu. Sekarang kita melompat pulak ke hari Elin dan Fai disatukan.
|
Bersama Huda, Kak Uda dan Nana. |
|
Kak Esah dan Syura. |
Harinya ialah hari Jumaat. Masjidnya ialah masjid dekat sekitar Pandan Indah. Ada yang bersolat Jumaat kat masjid tu. Aku pulak solat kat masjid di Taman TAR. Lepas solat Jumaat, aku terus bergegas ke masjid di Pandan Indah. Kami semua tunggu kat bilik nikah kat kawasan masjid tu jugak. Tak lama menunggu, Fai dan keluarganya pun sampai. Lepas tu tunggu pulak ketibaan rombongan Elin dan pembawa-pembawa barang hantaran. Mereka bertolak dari Hotel d'Palma kat sebelah Ampang Point. Sementara menanti tu, Pak Imam sediakanlah borang-borang yang perlu untuk majlis nanti, seperti borang nikah, borang perjanjian suami isteri, borang subsidi baja sawit, borang masuk pertandingan karaoke dan borang BR1M.
|
Abang Zahid dan Wawan sedang berdebar menantikan saat Elin dinikahkan. |
|
Abang Karim sedang menunjukkan cara-cara nak lastik khinzir hijau dalam permainan Angry Bird. |
|
Rombongan Fai menyusun barang hantaran yang sangat cantik. |
|
Seutas jam tangan untuk pasangan. |
|
Antara barang hantaran dari pengantin lelaki - jam tangan, beg tangan, sapu tangan, air tangan, buah tangan, angkat tangan. |
|
Hairi dan Hafez sedang berbincang untuk mempersembahkan silat pengantin di hadapan Tok Imam. |
|
Tema biru - Syura dan Nana. |
|
Ibu Fai dan ibu Elin. |
|
Bersama Nadia dan Huda. |
|
Abang Zahid sedang gusar sebab ada orang bagi tau, Liverpool sedang ketingglan satu gol menentang Cardiff. Tapi kenapa diorang main time ni ya? |
|
Abby dan Syafiq turut suspen menanti keputusan penuh bola sepak dari seorang teman yang telefon Abang Zahid. |
|
Wawan, Hairi dan Hafez. Semua dah kahwin. |
|
Makcik Intan sedang melayan anak saudaranya - Haikal. |
|
Makcik Intan melayan anak saudaranya yang lagi sorang - Hani. |
|
Tok Imam sedang menguruskan borang-borang BR1M untuk diagih-agihkan kepada para tetamu. |
|
Itu dia pengantin lelaki sudah mari - Fai. |
|
Fai yang segak dan tampan. |
|
Hafez memberikan tips cara-cara nak lafaz terima nikah dengan cara yang paling macho sekali. |
|
Sebahagian dari tetamu dari pihak Fai. |
|
Tetamu dari pihak Elin. |
|
Kak Uda dengan tetamu yang lain. |
|
Ramai jugak yang hadir memenuhi ruang bilik nikah. |
|
Bersantai sementara menanti tiba rombongan Elin sampai. |
|
Sembang-sembang pasal bola dululah. |
|
Fai sedang practise nak lafaz terima nikah. |
|
Twitter dulu sekejap sementara orang masih tak ramai lagi. |
|
Abang Karim bersama ayah kepada Fai. |
|
Dah semakin penuh bilik nikah dengan kehadiran tetamu. |
Setelah seketika menanti, tibalah pulak rombongan Elin yang menaiki Estima hitam yang berkilat metallic. Elin telah siap berdandan cantik bagaikan seorang pengantin. (Eh, memanglah Elin jadi pengantin petang tu!) Pengapit Elin adalah Ika. Tugas Ika hanyalah mengapit Elin walau ke mana Elin pergi. Sebelum masuk bilik nikah, rombongan Elin ber-posing sekejap kat luar masjid di samping nak ambil nafas sikit bagi menghilangkan rasa debaran yang sedang melanda pengantin.
Bersambung...
|
Keluarga Fai. |
|
Sebahagian dari adik-beradik dan sepupu Elin. |
|
Saiful dan Hidayat agak keletihan setelah penat mengerjakan kayu ukiran. |
|
Abby saja pakai baju merah supaya dia yang paling menyerlah pada majlis tu. |
|
Taufiq akan mempersembahkan silat pengantin selepas akad nikah. Tak pernah dibuat orang. |
|
Elin dan pengiring-pengiringnya. |
|
Bersama Syauqi, Ika dan Syafiq. |
|
Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam bilik nikah. |
No comments:
Post a Comment