m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, November 10, 2013

Pernikahan Elin dan Fai: Bergambar beramai-ramai

Bahagian 4

Ada dua cara nak simpan kenangan saat-saat indah. Rakam gambar, dan rakam video. Itulah yang telah dilakukan kami. Ambil gambar memang banyak betul bagi memastikan semua kenangan telah tersimpan dengan baik. Lepas satu gambar, satu lagi gambar diambil. Macam model pakaian. Macam artis atas red carpet pun ada jugak.

Kois releks tenang. Sementara Ashraf, Faiisal dan Amin sedang membayangkan detik pernikahan mereka nanti.
Dua keluarga besar telah digabungkan.
Kini menjadi satu keluarga yang lebih besar.
Semua orang gembira.
Semua orang tersenyum.
Semua orang ceria.
Selamat pengantin baru.
Bersedia untuk sessi fotografi yang selanjutnya.
Bergambar dengan kaum ibu.
Ada dua puluh tiga orang semuanya kat gambar ni. Betul tak?
Last snap.
Bersama teman-teman akrab.
Sessi bergambar bersama sanak saudara sebelah Fai pun berlangsung. Lepas tu bergambar dengan famili sebelah Elin. Lepas tu bergambar dengan kawan-kawan. Lepas tu bergambar dengan hulubalang-hulubalang yang membawa barang hantaran. Lepas tu bergambar dengan jiran-jiran sebelah rumah. Lepas tu bergambar dengan orang-orang kampung. Lepas tu bergambar dengan penduduk negeri Selangor. Lepas tu bergambar dengan rakyat Malaysia. Lepas tu bergambar dengan pelancong asing, dan pendatang tanpa izin jugak. Dan akhir sekali bergambar dengan makhluk asing dari UFO. Seluruh sessi fotografi tu berlangsung sehingga dekat dua setengah bulan. Lamanyaaaa...

Peluh jantan mencurah deras dari kepala Fai.
Bersama panglima-panglima hitam.
Kois dah lepas. Lepas ni panglima mana yang akan menjadi raja?
Mungkinkah bakal raja selanjutnya yang memakai tangkal berwarna merah di pergelangan tangan?
Pengantin dan bodyguard.
Bergambar dengan keluarga Fai.
Air ketum ni kalau diminum selepas upacara akad nikah memang lagi sedap!
Bersama adik-beradik Elin.
Di belakang pengantin - Syafiq, Nana, Nicha dan Syauqi.
Di belakang pengantin - Syafiq, Nana, Abby, Nicha dan Syauqi.
Masih dengan adik beradik Elin.
Wawan belum masuk gambar lagi.
Okay. Baru cukup korum. Di belakang pengantin - Syafiq, Nana, Abby, Wawan, Nicha dan Syauqi.
Keluarga bahagia.
Tetiba terdengar suara-suara aneh bagaikan bunyi guruh tanda hujan nak turun. Bila dibuat kaji siasat, rupanya itu bukanlah bunyi guruh. Tetapi bunyi perut hadirin yang kelaparan. Ramai jugak yang tak makan tengah hari lagi. Dan semua hadirin pun dijemput oleh tuan rumah untuk ke dewan makan bagi menjamu selera. Juadah yang disediakan memang pelbagai dan sangat menyelerakan. Para hadirin sangat teruja dengan peluang mengenyangkan perut ini. Jom makan!

Bersambung...

Hadirin berpusu-pusu ke dewan makan.
Berbaris untuk makan.
Makanan berat ada, makanan ringan pun ada.
Teh tarik dalam tong besi ni sangatlah power!
Tak sabar-sabar nak makan.
Yaya gembira pasal kejap lagi dia dapat makan nasi, mi dan roti jala.
Bapa pengantin bersama adik iparnya.
Ali dan Taufiq.
Hafez, Hairi dan Nadia.

No comments:

Post a Comment