m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 27, 2021

Kidz Cabin @ InterContinental Hotel: Quality time

Bahagian 3 (Akhir)

1 Disember 2018 - Bukan main banyak lagi hadiah yang diedarkan ke seluruh warga Kidz Cabin. Semua Teachers berasa sangat gumbira. Apatah lagi dengan makanan sedap ala buffet yang terhidang di kaunter saji. Segala majlis yang nak diadakan telah selesai diadakan. Sekarang adalah masa untuk acara bebas pula. Bebas tu maksudnya nak sambung makan minum boleh, nak duduk-duduk saja pun boleh, dan malah nak baring atas lantai pun boleh (kalau tak kena halaulah, kan?)

For me, acara bebas ialah ambil gambar lebih banyak sambil sesekali makan dan minum apabila perut berkeroncong dan tekak jadi kering. Amier meluangkan masa dengan teman sepupu rapatnya - Saleh dan juga bersama Nabil. Sabriena berlegar-legar ke sana dan ke sini, serta melihat ikan oren berenang-renang. Sampai dah agak lewat, barulah kami semua keluar dari situ dan pulang. 

Terima kasih semua!

T A M A T

Ali dan Angah Nabiha mencuba trick buat bunyi high pitch pakai gelas dan air.

Saleh - pakar sound effect menunjukkan cara melakukannya dengan betul.

Cuma bunyi dengungannya kurang menyerlah.

Angah Nabiha menunjukkan kepada Sabriena cara membuat bunyi dengungan.

Sabriena pun mencuba.

Amier bukan main tekun melihat Saleh buat demonstrasi.

Jom kita tengok ikan oren pulak.

Ikan-ikan oren tu semua berenang ke arah Sabriena.

Ikan-ikan oren yang jinak.

Tiba-tiba Sabriena berasa lapar dan nak makan salah seekor daripada ikan-ikan di air.

Sabriena sedang panggil ikan.

Jom kita sambung makan lagi!

Kita habiskan kesemua makanan yang ada di sini.

Okay, makanan dah habis. Jom kita beredar!

Boy band yang baru nak up.

Merenung jauh ke luar jendela.

Kumpulan N.A.S.A. = Nabil Ali Saleh Amier.

Bergambar sebelum beredar.

Saleh bersama hadiah-hadiah.

Sabriena dengan background miniature sebuah castle dan village.

Masih dengan background yang sama.

Cantik betul miniature village ini.

Amier dan Sabriena.

Dua beradik ini masih lagi di sini.

Miniature istana castle.

Sambil memegang bunga yang diperolehi.

Flower bouquet yang besar.

Angah Nabiha dan Sabriena juga bersama flower bouquet.


Thursday, August 26, 2021

Kidz Cabin @ InterContinental Hotel: Gifts untuk everybody

Bahagian 2

1 Disember 2018Makan hi-tea dekat InterContinental Hotel memang sangat enak. Semua orang puas hati bila dapat makan kat sini. Dan majlis penghargaan terhadap guru-guru di Kidz Cabin juga diadakan. Banyak guru yang dapat hadiah. Macam-macam hadiah diberi di atas macam-macam jenis penghargaan. Tapi sebab ini kisah lama, aku pun dah tak tahu siapa bagi siapa apa. Tengok ajelah gambar-gambar ini sebagai mengimbau kenangan lama.

Sabriena bersama Mama dan Teacher Eeqa.

Sabriena bersama Mama dan Teacher Kelly.

Sabriena bersama Mama dan Kak Ika.

Sabriena masih bergambar.

Oh! Baby!!!

Sabriena masih posing lagi.

Sabriena dengan Datin Zarida.

Sabriena bersama Mama dan Mak Teh nya.

Sabriena bersama Mama dan Angah Nabiha.

Masih dengan posing yang sama.

Dan terus bergambar lagi.

Mendapat hadiah dari Mak Teh.

Terkejut menerima hadiah yang tidak disangka-sangka.

Sabriena bersama Datin Zarida, Mak Teh dan Teacher Adila.

Snap shop yang kedua.

Walau pun hadiah telah diberi, tidak bermaksud acara makan-makan sudah berakhir. Selagi masa belum time, selagi itulah masih boleh makan apa-apa saja juadah yang dihidangkan oleh pihak hotel. Bukan kami saja yang balik lambat, tapi ramai juga pengunjung lain berbuat perkara yang sama. Aku sambung makan daging bakar dan dim sum. Minum air oren sepuas-puasnya. Wow! Hebat!

Bersambung...

Aku memilih dim sum dan daging bakar. 

Seronoknya makan-makan.

Tak tahu lah ini round yang ke berapa.

Melihat karikatur yang aku lukis.

Guru-guru Kidz Cabin bergambar bersama Safiyah.

Sabriena bersama Mama, Angah Nabiha dan Safiyah.

Masih berempat lagi.

Sabriena dapat kek ke tu?

Bergambar beramai-ramai.

Keraian yang pelbagai disambut dalam satu sesi hi-tea.

Semua orang memperlihatkan wajah kegembiraan.

Happy Baby Shower Day!

Buat Teacher Eeqa.