12 Jun 2019 - Tengah tahun lepas, ketika aku dalam perjalanan merentas lebuhraya untuk melaksanakan satu tugasan pejabat, tiba-tiba keretaku mengalunkan satu lagu yang sangat sumbang bunyinya. Aku jadi cemas dan rimas. Cemas kerana tidak tahu apakah maknanya alunan itu. Rimas kerana alunan itu tidak mengikut nota muzik yang harmoni. Aku mula memperlahankan kenderaanku. Mula beralih ke lorong paling kiri. Dan tak lama setelah itu, terus seluruh sistem perenjinan keretaku terhenti. Kaku. Mati. Tak beralun lagi. Aku pula yang mengalunkan nada syahdu mengenangkan nasib telah terbengkalai di tengah-tengah lebuhraya yang sangat sibuk.
Aku buka hood depan. Tengok bahagian enjin. Hmmmm.... Nampak semua macam okay. Oops! Nanti dulu. Sepertinya keretaku ini dalam kehausan. Lalu kusuakan segelas air limau ais kurang manis ke enjin keretaku, buat penghilang dahaga. Enjin masih tetap tak dapat dihidupkan. Aduh! Mungkinkah tali pinggang masa putus lagi? Maksud aku 'timing belt' lah. Tapi belum cukup tempoh untuk ia putus sebenarnya. Aku tak ada pilihan. Terrpaksa menelefon insuran untuk menunda keretaku ke bengkel. Lama juga aku menunggu dalam cemas. Seorang peronda lebuhraya turut berhenti bagi memastikan segalanya terurus. Aku maklumkan kepada beliau, aku telah pun menghubungi lori tunda.
Tak lama setelah itu, tibalah lori tunda. Pemandunya memasangkan segala gadget sebelum membuat tundaan. Pemandu berketurunan India itu sangat peramah. Aku pun berborak-boraklah dengan beliau mengenai pengalaman beliau bertugas sebagai penunda kenderaan. Macam-macam pengalaman dikisahkan kepadaku.
Di bengkel, memang sah timing belt putus lagi. Aduh! Faham-faham ajelah. Kalau piston bengkok memang sakit jugak nak membayar untuk menggantikannya. Nasib baik aku memandu perlahan ketika itu. Kalau tidak, sudah pasti kerosakan yang lebih besar akan menimpa kereta Exoraku.
Lori tunda dah sampai. |
Jom kita tunda! |
No comments:
Post a Comment