m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 17, 2020

Semalaman di InterContinental Hotel

25 Disember 2019 - Malam krismas, warga yang beragama kristian bersiap sedia menyambut hari natal. Kami pula mengambil peluang hari cuti untuk memanfaatkan voucher percutian yang kami perolehi sebelum tamat tempoh lakunya. Isteriku menempah bilik di Hotel InterContinental Jalan Ampang. Dulunya dikenali sebagai Hotel Nikko. Kami menetap di situ cuma satu malam sahaja. Lima beranak. Syahmie masih belajar di Mesir. Dia tak dapat ikut serta.

Pada 24 Disember tu aku masih bekerja di pejabat. Isteri dan anak-anak telah terlebih dulu pergi ke hotel menaiki Grab. Sabriena dan Amier sudah pasti mahu ke kolam renang. Nasib baik juga cuaca tidak hujan pada petang itu. Walau pun kelihatannya awan hitam sudah mula berkepul menakung air di angkasa.

Sabriena nak makan daging salai.
Wanie pula memilih dim sum.
Amier dah melepasi tahap pertama - baked beans.
Wife aku start makan lambat sikit pasal nak jaga meja.
Baca doa dulu.
Sabriena pun pekena dim sum juga.
Daging, telur dan kentang bergabung.
Wanie dah selesai makan dim sum.
Amier memulakan tahap keduanya.
Kali ini lebih mencabar dari tadi.
Esok paginya kami bangun awal. Semangat nak bersarapan di hotel. Ada voucher yang membolehkan kami sekeluarga bersarapan di restoran tanpa bayaran. Seronoknya makan pagi dengan pilihan sajian yang beraneka rupa, warna, aroma dan rasa. Tapi perutku dah tak seperti dulu. Seenak manapun juadah yang terhidang, semahu manapun nafsuku untuk mencuba segala masakan yang disuakan, aku tetap terpaksa akur dengan kemampuan tembolokku. Kalau dulu aku boleh makan seekor gajah, kini aku cuma mampu makan seekor ayam serama. Aku tengok Wanie dan Amier pun dah tak banyak makan macam dulu. Sabriena pula terlalu memilih. Cuma ada makanan tertentu sahaja yang mampu diterima tekaknya.

Tiba-tiba Sabriena merajuk. Mamalah yang kena memujuk.
Sabriena masih menangis.
Bagi satu kiss sikit.
Barulah dia nak senyum.
Dah selesai sarapan. Ambil gambar di lobi hotel.
Setalah bersarapan, kami bergambar dulu di ruang lobi hotel. Ada model istana yang diperbuat daripada biskut. Sungguh harum aromanya. Juga ada sebatang pohon krismas yang telah dihias di lobi utama. Dari lobi utama, kami terus naik ke atas dan bergambar pula di lobi lif. Dan kemudian bergambar di luar bilik hotel. Itulah percutian ringkas kami pada hujung tahun 2019. Tak bercuti jauh. Di KL saja.

Masih di lobi.
Berlatar belakangkan istana yang diperbuat daripada biskut.
Sekarang bergambar di lobi lif pula.
Kebetulan ada sebuah sofa di tepi jendela.
Bila perut dah kenyang, mestilah happy!
Amier bergambar solo.
Aku pun nak bergambar juga.
Di luar kamar hotel.


No comments:

Post a Comment