Bahagian 11
Farid dan Mira telah pun
memotong kek yang simple tetapi enak. Dan Syahmie pun telah selesai mendendangkan dua buah lagu untuk pengantin dan tetamu yang hadir. Tetamu masih ramai memenuhi ruang majlis. Masih makan-makan. Masih bersembang mesra dengan kenalan dan saudara-mara. Sedang aku berlegar-legar mencari subjek untuk diambil gambarnya, Abang Mansor memanggilku. Lantas memperkenalkan aku kepada seorang lelaki yang agak berusia. Wajahnya memang tidak kukenal. Tapi bila Abang Mansor menerangkan kepadaku bahawa orang itulah yang dipanggil Abah, yang telah menjaga Farid ketika Farid masih kecil, di Mentakab dulu, aku terus memeluk beliau dengan berasa sangat berterima kasih di atas segala jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga Allahyarhamah kakakku. Lalu aku membawa beliau bertemu dengan Farid. "Farid! Abah datang dari Pahang". Secara sepontan, Farid terus memeluk Abah sambil menitiskan air mata kesyukuran kerana pertemuan itu. Begitu juga dengan Abah.
|
Farid dan Abah berpelukan. |
|
Saat ini sangat syahdu. |
|
Keluarga Abah bergambar dengan pengantin. |
|
Setelah penat melayan tetamu, rehat sebentar menjamu selera. |
|
Farid berbual dengan Abah. |
|
Pakcik Muntahar, sepupuku Joe dan isteri. |
|
Makcik Razmah, Joe dan isteri. |
|
Makan dessert. |
|
Sudah selesai makan nasi. |
|
Sepupu-sepupuku, Abang Abu dan Abang Azmi. |
|
Nampak gayanya mereka juga telah selesai makan. |
|
Pakcik Dollah. |
|
Berbual dengan anak saudaranya. |
Di ruang-ruang lain dalam dewan para tetamu terus berkunjung. Majlis ini memang menemukan semua kenalan dari kalangan keluarga, teman, dan jiran. Kami sebagai tuan rumah, berasa sangat bertuah kerana ramai yang sudi hadir. Melihat wajah-wajah yang telah lama tidak kami temukan sangatlah mengujakan. Terima kasih semua kerana bertandang bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Bersambung...
|
Jiran kami Saiful sekeluarga. |
|
Terima kasih Saiful dan famili. |
|
Ibuku bersama teman baiknya Makcik Azizah Yus. |
|
Jiran rapat kami - Hairi dan anaknya Hakimi. |
|
Nampaknya sangat menikmati makanan yang disajikan. |
|
Bergambar keluarga. |
|
Waktu ini tetamu sudah semakin berkurangan. |
|
Pak Malit bersama Pakcik Supiat Mukri. |
|
Bergambar bersama Pakcik Supiat, Makcik Ummi dan Pak Malit serta isteri. |
|
Kenalan ketika di Kementerian Kesenian dan Kebudayaan. |
|
Sebahagian dari sepupu-sepupuku. |
|
Kelihatan Wati dan Emma. |
|
Makcik Noorizan bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu. |
|
Datang sebagai sebuah keluarga yang besar. |
|
Masih bersama. |
|
Abang Wira dan Abah sudah hendak berangkat pulang. |
|
Ibuku, adikku dan Abang Mansor mengiringi mereka pulang. |
No comments:
Post a Comment