m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 28, 2020

Kota Lukut: Sejarah dalam muzium

Bahagian 5 (Akhir)

Kami telah pun sampai di depan pintu masuk Muzium Kota Lukut. Kami sama-sama melangkah masuk. Satu. Dua. Tiga!!! Serentak kaki kanan melangkah ke hadapan. Masuk ke dalam muzium yang sederhana besarnya. Waaahhhh!!! Sejurus kami masuk, terasa bagai berada pada zaman Raja Bot Bin Raja Jumaat - zaman Lukut dalam suasana pergolakan. Di dinding muzium penuh tertulis kisah sejarah yang berlaku dari zaman dinosaur sehinggalah musnahnya Kota Lukut itu sendiri. Kami baca semua kisah sejarah yang terpampang. Ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan. Huruf demi huruf. Dekat seminggu jugaklah kami berkampung di situ untuk menyudahkan pembacaan kami. Barulah penghayatan yang mendalam dapat kami rasai.

Sedang menerangkan kepada anak-anak isi kandungan kenyataan ini.
Wanie di suatu sudut artifak.
Ada bedil kecil di belakang Wanie.
Khusyuknya membaca.
Amier memang sangat minat sejarah.
Melihat periuk kayu ini membuatkan Sabriena lapar nak makan nasi kandar.
Wanie dengan bedil kecil.
Ini kira macam senapang zaman dulu-dululah.
Syahmie bersama artifak sejarah lama.
Semua artifak terpelihara dengan baik.

Selain dari tulisan kisah sejarah yang panjang berjela, turut dipamerkan artifak purba yang berkaitan dengan Lukut. Semua terpelihara dengan baik. Terjaga rapi. "Nice to see, nice to hold. Once broken, considered sold!" Kami bergerak dari ruang ke ruang. Ada dua aras yang perlu kami terokai. Kebanyakan bahan pameran berada pada aras bawah. Di aras atas aku pun dah tak ingat ada apa. Pengunjung pada kala itu tidak begitu ramai. Jadi kami boleh bergerak bebas tanpa perlu berasak-asak.

Naik atas pula.
Nak tengok ada apa kat atas.
Wanie menemani adiknya.
Ada ruang serambi yang lapang.
Macam rumah kampung yang besar.
Di suatu sudut rumah.
Kita bergambar sajalah di atas ni.
Kalau makan ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis kat sini memang happening.
"I need two cones with ice cream."
Sabriena mungkin dah sedikit kebosanan.
Bila nak balik ni?

Setelah puas berjalan dan bergambar, kami pun memutuskan untuk meninggalkan lokasi itu dengan ilmu yang sarat di dada. Ilmu sejarah. Sejarah Kota Lukut yang masyhur. Amier sempat bergambar sakan sebelum meninggalkan Kota Lukut. Selamat tinggal wahai Si Kota Lukut yang sepi. Ada kesempatan lain, kami akan menjengah lagi.

T A M A T

Jom turun tangga.
Gambar kenangan sebelum meninggalkan pekarangan muzium.
Amier puas dapat menjelajah kota bersejarah.
Bakal tokoh sejarah.
Lambaian Kota Lukut.
Kota Lukut versi Titanic.
"Tempat ini memang best!" kata Amier.


No comments:

Post a Comment