m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 26, 2020

Kota Lukut: Ada apa di puncak?

Bahagian 3

Setelah beberapa minggu mendaki bukit yang tingginya mencapai 33,000 meter, kami akhirnya berjaya tiba di puncaknya. Puncak bukit itu agak latar rupa bentuknya. Suhunya tidaklah begitu sejuk. Sekadar -27 darjah celsius sahaja. Kami terus berlegar-legar di situ. Mencari kesan-kesan kota sekiranya masih ada. Akhirnya kami temui tapak kota yang telah lama runtuh. Namun kesannya masih ada. Ianya terselindung di balik belukar tanpa diselenggara dengan sempurna. Harus satu hari nanti akan terlindung terus dalam belantara yang menebal. 

Sepanjang di puncak bukit, kami turut menemukan artifak-artifak kesan peninggalan penjajah British seperti kapal selam dan kapal terbang. Juga kesan peninggalan penjajah Jepun seperti pakaian Ultraman dan poket Doraemon. Dan yang paling menakjubkan adalah penemuan tulang-tulang dinosaur yang telah pupus sejak berjuta tahun dahulu. Kami berjaya menemukan tulang-tulang dinosaur jenis t-rex, spinosaurus, apatosaurus, velociraptor, triceratops dan stegosaurus. Sempat kami mengambil beberapa ketul tulang dinosaur yang sebesar batang kelapa untuk dijadikan kenangan.


Di belakang Amier adalah kesan tapak Kota Lukut.
Bergambar di Kota Lukut yang masih tersisa.
Along-alang dah bersusah-susah mendaki, biarlah bergambar banyak-banyak slikt.
Masih di puncak bukit.
Tapak kota sudah semakin menghilang.
Kami terus meneroka kawasan ini. Seperti tuan tanah lagaknya.
Tak banyak yang tinggal.
Ada pondok dan wakaf yang baru dibina.

Setelah selesai melawat di puncak bukit, kami akhirnya bergerak menuruni bukit untuk melawat muzium pula. Perjalanan menuruni bukit jauh lebih mudah dari pendakian. Dalam masa tak sampai beberapa minit, kami telah pun sampai di kaki bukit dan bersedia untuk lawatan yang seterusnya.

Bersambung...

Jom bergerak pergi.
Meredah semak sekali lagi.
Amier mengucapkan selamat tinggal buat Kota Lukut.
Menuruni cerun.
Di atas jambatan.
Kalau kami bawa joran, surah pasti kami akan memancing di parit ini.
Tumbuhan yang tinggi menjadikan kawasan ini lebih redup.
Nasib baik jambatan ini tak mengenakan tol.
Pemandangan yang luas bila berada di atas puncak.
Nampak cantik, kan?
Di balik bunga lalang.
Sembunyi.
Bergaya di puncak bukit.
Masa ni Amier baru darjah 5.
Bersemangat Amier ketika cuba memahami sejarah Kota Lukut.


No comments:

Post a Comment