Bahagian 10
Kesian anak saudara aku, Farid. Kisah majlis perkahwinan Farid dan Mira tak sempat nak dihabiskan pada tahun lepas (2019). Tak apalah. Kita sambung tahun ni (2020) dari
episod lepas. Anak sulung kami, Syahmie masih lagi menyanyi. Setelah menyampaikan lagu Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Syahmie meneruskan pula nyanyian dengan lagu Menang (Faizal Tahir). Kali ini Syahmie menyanyi sambil memetik gitar. Amier tolong pegang mikrofon. Dan sesekali menjadi penyanyi latar.
Sambil mendengar dendangan dari Syahmie, kek pengantin turut dipotong. Memandangkan tetamu yang datang agak ramai, maka kek terpaksalah dipotong dadu dan diracik halus agar dapat diagih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir. Dan rasa kek itu ternyata sangat enak dan membuai rasa. Nyam nyam nyam...
|
Syahmie menyanyikan lagi Menang. Mama pegang mikrofon. |
|
Sekarang Amier pula yang pegang mikrofon. |
|
Setelah selesai lagu Menang, Syahmie menyanyi lagu Kalah pula. |
|
Dan kini Syahmie menyanyikan lagu Seri. |
|
Farid dan Mira memotong kek pengantin. |
|
Sambil membuat peace. |
|
Kek yang simple dengan rasa yang enak. |
|
Amier jadi backup singer pula. |
|
Farid menyuap Mira. |
|
Potong kek lagi. |
|
Kena potong ikut urat biar senang nak makan. |
|
Alamak! Tersalah potong pulak! |
Sementara itu tetamu masih ramai yang berkunjung. Saudara-mara, teman-teman, jiran tetangga, semua menyudikan diri untuk datang meraikan majlis ini. Terima kasih buat semua. Kami menerima kunjungan kalian dengan tangan terbuka sambil terbatuk kecil - uhuk-uhuk. Semakin berseri-serilah nampaknya majlis ini jadinya.
Bersambung...
|
Pak Malit dan isteri turut datang. Jiran kami Jaya Mala dan ibunya juga datang. |
|
Terima kasih semua. |
|
Sebahagian tetamu sudah mahu bergerak pulang. |
|
Teman-teman ibuku juga hadir. Begitu juga dengan sepupu kami, Joe dan Makcik Razmah. |
|
Kepada kalian juga kami mengucapkan terima kasih. |
|
Bersama teman-teman teater - Kak Yatie, Syed Sadik, Een dan Along Yusry. |
|
Terima kasih untuk anda juga. |
|
Lepas ni kita berteater lagi. |
|
Ini sebahagian dari saudara-mara kami - Pakcik Rizali, Makcik Noorizan dan Wani. |
|
Abang Mansor dengan keluarga sepupu kami - Widie dan Ina. |
|
Cantik berbaju batik nusantara. |
|
Ada yang masih menjamu selera. |
|
Makcik Mini dan Wak Bunirah. |
|
Makcik Kamisah, Makcik Noorizan dan Wadi. |
|
Teruja bertemu setelah lama tak jumpa. |
|
Ini dua pupuku. |
No comments:
Post a Comment