m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, May 1, 2018

TTC Friendly: Pertarungan sengit

Bahagian 3 (Akhir)

Setakat ini, pertarungan Team TTC dan Team GSD berlangsung dengan sangat sengit. Beberapa keputusan awal telahpun kita tahu kesudahannya. Kini semua mata menumpu ke arah Court B yang menyaksikan perebutan takhta di antara Ikrami + Safa dan Akemal + Abam Macho. Aku tak dapat merumuskan siapa yang sedang di depan dan siapa yang terkebelakang. Atau siapa sedang mengejar siapa. Cuma pada pandangan aku, pada pemerhatian sekilas lalu, nampak gayanya Ikrami bermain dengan sangat baik. Mungkin jugak berkesudahan dengan seri kot?

Apa-apa pun, jom kita saksikan teknik bermain di jaring dan membuat pukulan volley dari pakar volley yang diiktiraf antarabangsa - Mr Safa:

Safa sedang menjaga net ketika Ikrami membuat servis maut.
Safa berada dalam mode bersedia.
Safa perlu memastikan bola dari pihak lawan tidak akan melepasi jaring.
So far, Safa telah berjaya menghalang bola dari pihak lawan mencerobohi gelanggang sebelah Team TTC.
Bagaikan anggota perajurit mengawal sempadan negara.
Tapi semakin lama semakin bosanlah pulak pasal tak dapat nak pukul bola.
Asyik Ikrami aje yang pukul bola, mana aci.
Lalu Safa bertekad akan memukul bola walau di mana ia berada.
"Marilah bola. Aku dah bersedia!"
Okay. Nampak macam ada bola nak datang.
Tinggilah pulak bola tu.
Sampai nak cecah kapalterbang.
Safa lantas memanjangkan badannya bak Fantastic 4 bagi mencapai bola yang tinggi.
Dan memukulnya dengan tepat. Piang!!
Oh tidak! Rupanya itu hanyalah gimik dari pihak lawan sahaja.
Safa membetulkan aksi dan memukul bola yang sebenarnya tidak tinggi. Watcha!!!
Sebelum beredar, aku sempat mengambil gambar para peserta dan pemain-pemain handalan dari segenap pelusuk dunia yang telah membanjiri stadium tenis pada kali ini. Walaupun tiket dijual mahal (kira-kira RM450 satu kepala), namun penonton dan penggiat-penggiat tenis tetap sanggup menghadirkan diri demi kesatuan ini. Pemain-pemain antarabangsa seperti Federer, Nadal, Djokovic, Zverev, Thiem, Murray, Serena, Cilic, Del Potro dan Muruguza terpaksa pulang awal sebab ada kenduri kat kampung masing-masing. Dianggarkan dekat lapan ribu orang yang datang membanjiri stadium.

Antara pemain-pemain handalan dunia ranking 15 ke bawah.
Memberikan senyuman kepuasan kerana dapat menyaksikan aksi yang luar biasa dan hebat.
Memberikan sokongan padu kepada team masing-masing.
Sudut Team TTC. Turut kelihatan pakar dan konsultan drop shot - Adrian.
Tuan Presiden berjanji akan memberikan bonus dan cuti peristiwa sekiranya Team TTC memenangi perlawanan ini.
Tuan Presiden konfiden dengan kejayaan yang bakal dikecapi.
Anakku Syahmie sedang menonton sambil belajar teknik-teknik permainan tahap international.
Awie senang hati sebab dah selesai bertarung.
Pengantin baru - Eman dan isteri.
Pengasas TTC - Faizal.
Pertarungan akhir yang sempat aku saksikan ialah pertarungan di antara Mahadi dan Azril yang mewakili Team TTC menentang Coach Youhardy dan Abam Ohsem yang mewakili Team GSD. Aku cuma sempat tengok sekejap aje. Nampak gayanya sangat sengit pertarungan ini. Dan tak mungkin dapat diramal siapakah pemenangnya. Aku tak sanggup menyaksikan pertarungan yang sangat mendebarkan ini. Rasa macam nak tercabut jantungku jika lebih lama aku berada di situ. Lalu aku mengajak anak aku, Syahmie untuk pulang. Dan kepada yang masih bertarung, selamat berjuang. Selamat bersukan. Dan selamat bertenis untuk negara!!!

T A M A T

Mahadi sedang memastikan jaring dipasang tegang.
Mahadi berpasangan dengan Azril.
Mahadi-Azril (TTC) menentang Coach Youhardy-Abam Ohsem (GSD).
Bersenyum-senyum dahulu, bermasam-masam kemudian.

No comments:

Post a Comment