m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, May 26, 2018

Amier berhari jadi: Bernyanyi-nyanyi

Bahagian 9

Sebentar tadi anak-anak diajak untuk bermain kerusi muzikal. Kini anak-anak dijemput pula untuk mengenengahkan bakat masing-masing dalam seni suara. Secara berkumpulan. Menyanyi karaoke. Lagu pilihan masing-masing. Kumpulan pertama terdiri dari gabungan Amier, Umar dan Zharfan. Aku pun dah tak ingat mereka menyanyi lagu apa. Penampilan pertama ini menampakkan sedikit gemuruh. Tapi para penonton nampaknya tetap terhibur dengan persembahan itu. Malah tiket konsert turut habis terjual walaupun harga tiket mencecah RM300 setiap satu.

Gabungan trio Zharfan, Umar dan Amier.
Dendangan akapela.
Menyanyikan lagu Perancis dan Sepanyol.
.....dengan penuh syahdu dan mendayu-dayu.
Sekianlah persembahan kami.
Kumpulan kedua terdiri dari gabungan Zhar, Haris dan Firdaus. Mereka merupakan kelompok penyanyi remaja popular tanah air yang telah menempah era kegemilangan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Kombinasi suara mereka bagaikan adunan suara-suara Awie Wings, Anuar Zain dan Jamal Abdillah. Mereka mendendangkan lagu Melayu asli lama bertajuk Seri Andalas. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang rata-rata merupakan anak-anak muda Generasi Z yang cenderung dengan lagu-lagu klasik dan lagu Melayu asli.

Gandingan Zhar, Haris dan Firdaus.
Menyanyikan lagu berjudul "Belon Kuningku".
Merujuk kepada lirik dalam telefon.
Panjang sungguh lagu yang mereka nyanyi ini.
Sebuah lagu yang berdurasi lebih tiga jam.
Okay. Dah nak habis lagu.
Arissa, Arianna dan Sabrina terpegun dengan kedahsyatan nyanyian trio tadi.
Tetapi tiba-tiba mereka berasa bosanlah pulak.
Persembahan selanjutnya adalah dari sebuah kumpulan yang telah lama bertapak di tanah air. Hasil anak didik Edry KRU dan Datuk Ramli MS. Terdiri dari tiga anak muda - Syazwan, Faris dan Nazmi. Mereka memilih lagu Arab daaaa... Lagu Kun Anta menjadi pilihan. Tapi diberi nafas baru dengan elemen k-pop dan hip-hop. Lagu berbentuk eksperimental ini walau bagaimana pun telah diterima positif oleh para penonton, dan telah menjadi tajuk perbincangan hangat di makmal-makmal sains seluruh negara, tempat ujikaji dan eksperimen kerap diadakan.

Kumpulan trio terdiri dari Syazwan, Faris dan Nazmi.
Kami ingin mempersembahkan sebuah lagu Arabian.
Ini lagu Arab lama daa...
Rentak timur tengah.
Irama padang pasir,
Ya habibi, ya maulana.
Sesi nyanyian ini diakhiri dengan persembahan solo dari birthday boy - Amier yang telah membuat konsert selama 2 jam bagi memenuhi permintaan peminat seluruh tanah air. Ketika Amier menyanyi, para penonton diam sunyi sambil menyalakan lampu pada handphone masing-masing. Dalam masa dua jam, Amier telah mendendangkan sebanyak 50 buah lagu yang dipilih dari album popular sejak beberapa dekad dahulu. Majlis tamat setelah Amier menyanyikan lagu terakhirnya yang bertajuk "Selamat Hari Jadi Yang Ke Dua Belas Untukku".

Bersambung...


Amier naik ke atas pentas.
Sebuah kosert solo dari Amier.
Sempena menghargai para peminat tersayang.
Lagu popular dari album yang kesepuluh.
Masih menyanyi.
Sabriena mendekati abangnya.
Menyanyi dengan penuh perasaan.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment