m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 10, 2018

Amier berhari jadi: Jom potong kek

Bahagian 5

Setelah seketika bermain game soal siasat bersama anak-anak yang cerdas pemikiran mereka, dua biji kek hari jadi pun dibawa masuk dan diletakkan di atas meja. Kek pertama milik Amier. Kek yang kedua milik Falique. Kedua-dua kek kelihatan sangat cantik berhias. Dan para tetamu pun datang berbondong-bondong, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, ingin melihat keindahan dan kecantikan kek-kek yang terhidang di atas meja. Sambil masing-masing menelan air liur kerana terbuka selera mereka untuk menjamah kek-kek tersebut yang kelihatannya sangat enak dan berkhasiat.

Kek Falique dan kek Amier.
Kek Falique perasa cokelat.
Birthday boys sedang bersedia untuk diraikan.
Lagu Happy Birthday dinyanyikan bersama-sama.
Amier dan Falique sangat teruja.
Seperti kebiasaannya, bila para tetamu telah ramai menghurung kek, maka nyanyian lagu Selamat Hari Jadi pun dialunkan secara beramai-ramai dengan penuh harmoni dan akapela. Mereka yang mempunyai suara high note diasingkan dari mereka yang mempunyai suara low note atau base. Bagaikan sebuah koir antarabangsa yang melontarkan suara lantang jauh ke ufuk timur sehingga menyelinap masuk ke corong-corong telinga penduduk-penduduk Ampang dan Lembah Kelang. Semua bagai terpukau dan terbuai dengan alunan merdu gemersik suara para tetamu yang hadir pada hari itu. Lantas terbit rasa syahdu dalam kecerian yang mewarnai petang yang bersejarah itu.

Falique meniup api pada lilin.
Masih ada dua batang lilin yang apinya masih menyala.
Saleh turut dijemput untuk meraikan hari jadinya yang lewat sehari dari Amier.
Saleh menyalakan api lilin.
Amier tergamam melihat kecantikan api yang bernyala.
Amier memadamkan api dengan menyedut oksigen di sekitar lilin.
Sejurus lagu Selamat Hari Jadi selesai dinyanyikan, api pada lilin yang tertusuk pada kek pun dipadamkanlah dengan menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher). Dan para tetamu bertepuk tangan bagai telah menyaksikan satu persembahan yang sangat hebat dan luar biasa atau bagai telah mengecapi satu kemenangan yang sangat besar. 

Lantas kek pun dipotong oleh Amier dan Falique. Falique mencapai pisau plastik, dan kek dipotong dadu agar kesemua para tetamu dapat sama-sama menikmati keenakan kek yang dihidangkan itu. Amier turut menggunakan sebilah pisau plastik yang lain bagi memotong kek. Kek dihiris halus seperti bawang untuk memudahkan para tetamu mengunyahnya kelak. 

Falique sedang bersedia untuk membelah kek.
Kek dibelah dengan penuh hati-hati.
Falique puas hati sebab kek telah berjaya dibelah dua.
Tiba-tiba Falique rasa lapar pulak nak makan kek.
Amier menanti saat untuk mendapat arahan supaya kek dipotong.
Pisau plastik pun dicapai oleh Amier.
Dari kejauhan, para tetamu masih lagi berdiri kaku, tercegat sambil bola mata merenung ke arah kek yang telah pun dipotong. Mereka menanti tuan rumah menjemput mereka makan sebelum menerpa ke arah kek. Kami sengaja melengah-lengahkan jemputan bagi menimbulkan suasana suspen di kalangan para tetamu. Membiarkan para tetamu berasa lebih lapar, lebih terliur, lebih berkeinginan untuk menjamah kek yang terhidang itu. 

Setelah sejenak tetamu berada dalam kebingungan, kami lantas bersuara, "Siapa yang nak bergambar dengan kek, silalah maju ke hadapan. Beratur dan mengikut giliran. Jangan tolak-menolak!" Semua hadirin dan hadirat akur. Mereka diberi angka giliran dan perlu beratur panjang untuk bergambar bersama kek. Satu kepala kami caj RM5.00. Dan para tetamu kelihatannya tidak keberatan untuk membayar nilai yang bagi mereka sangat berbaloi.

Bersambung...

Masih menanti arahan.
Pisau telah diasah tajam.
Amier menghidu kek yang berbau harum itu.
Arahan untuk memotong kek telah pun diterima dari pihak atasan.
Amier semakin teruja.
Dan kek pun dipotong.
"Now what?" tanya Amier.
Birthday boys bergabung kembali.
Zila bersama Fateh dan Zarith.
Akhirnya Falique dapat juga merasa makan kek hari jadinya.
Bergambar dengan ibu.
Bergambar dengan ibu dan ayah.
Happy Birthday Falique.

No comments:

Post a Comment