Bahagian 8
Setelah habis game
pulau surat khabar, bersambung pulak lagi dengan game lain. Kali ni game musical chair. Inilah game yang paling popular kalau ada sambutan hari jadi. Baik di Malaysia, mahu pun di luar negara. Atau pun di planet-planet lain sekali pun. Inilah game yang mendapat ranking paling tinggi. Oleh kerana kanak-kanak agak ramai, dan ruang permainan agak sempit, maka kami bahagikan kepada dua kumpulan. Satu - kumpulan budak-budak lelaki. Dan dua - kumpulan budak-budak perempuan.
|
Bermulanya permainan musical chairs. |
|
Muzik berhenti. Masing-masing mencari tempat duduk. |
|
Sebahagian pemain telah tersingkir. |
|
Muzik kembali dimainkan. Jom pusing kerusi lagi. |
|
Masing-masing menyusun strategi. |
|
Bilangan pemain semakin mengecil. |
|
Tiga buah kerusi untuk empat orang pemain. |
|
Last three players. |
Game ni memanglah mudah. Tawaf-tawaf-tawaf, lepas tu duduk. Tawaf lagi, lepas tu duduk. Sampailah kerusi semakin mengurang dan bilangan pemain jugak semakin mengurang. Siapa yang paling akhir dapat duduk di atas kerusi yang sangat terhad bilangannya, dialah yang dikira juara. Kategori lelaki, kalau tak silap aku yang menang adalah Umar. Maka Umar telah mendapat sekeping cek bernilai RM100,000 serta sebuah kereta Audi edisi terkini. Tahniah kepada Umar.
|
Kerusi tinggal satu. Umar mendapat tempat duduknya. |
|
Umar diisytihar sebagai pemenang. |
Setelah selesai permainan kategori lelaki, tibalah pulak kategori perempuan. Sabriena tidak ketinggalan. Turut bermain bersama kakak-kakak senior. Bermula dengan santai dan tenang. Seorang demi seorang pemain tersingkir kerana gagal mendapatkan tempat untuk duduk di atas kerusi. Sehinggalah ke satu pusingan yang agak kontroversi. Sabriena tiba-tiba gagal mendapatkan tempat duduk. Sabriena mula berasa sedih dan menangis. Agar tangisan Sabriena tidak berpanjangan, seorang teman kelas Amier telah mengalah dan membiarkan Sabriena mengambil tempatnya. Baik sungguh teman Amier itu. Bila bilangan pemain semakin sedikit, iaitu pada pusingan terakhir, semua orang telah tahu bahawa kemenangan perlu diberikan kepada Sabriena. Dan memang itulah yang terjadi. Seorang lagi teman kelas Amier turut mengalah kepada Sabriena. Kepada beliau jugak, kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan sangat menghargai budi bicara yang diperlihatkan. Akhirnya Sabriena diumumkan sebagai pemenang. Tahniah untuk semua.
Bersambung...
|
Kategori kanak-kanak perempuan pula bermula. |
|
Sabriena turut main. |
|
Mengitari kerusi. |
|
Sabriena bermain dengan tiga orang rakan sekelas abangnya, Amier. |
|
Masih berpusing-pusing. |
|
Muzik belum berhenti. |
|
Arissa memberikan tempat duduknya kepada Sabriena. |
|
Kemudian Sabrina (rakan Amier) pula memberikan tempat duduknya kepada Sabriena. |
|
Yang lebih tua terpaksa mengalah. |
|
Pertarungan di antara Ismahani dan Sabriena. |
|
Ismahani memberikan kemenangan kepada Sabriena. |
No comments:
Post a Comment