m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 27, 2018

Amier berhari jadi: Terima kasih buat semua

Bahagian 10 (Akhir)

Akhirnya...... kisah birthday Amier yang sepanjang beratus-ratus episod ni dah sampai ke penghujungnya. Dah sampai ke final episode. Episod sebelum ni kisah Amier bernyanyi-nyanyi dengan teman-temannya. Itu semua dah settle. Selesai. Para penyanyi puas berdendang. Penonton puas mendengarkan alunan. Semua tetamu puas. Sepuas-puasnya.

Kamera kembali mengalihkan lensanya ke arah ruang tamu. Ini babak seterusnya. Babak makan-makan sambil bersantai ahli keluarga.  Ruang tamu lebih dingin bila pendingin hawa dipasangkan. Lebih nyaman pastinya. Tidak perlu terburu-buru untuk bingkas bangun. Makanan pun masih banyak. Sesiapa yang berasa lapar masih boleh mencapai juadah dan melayan kehendak tekak semahunya.

Fai dan Elin sedang asyik melayan Falique.
Sabriena dengan halnya sendiri.
Mainan-mainan kecil sangat banyak disediakan untuk kanak-kanak yang hadir.
Kak Long dan Kak Timah sedang berehat setelah makan.
Intan menjamu kuih.
Saleh - the audio guy.
Melihat apa lagi yang masih ada di atas meja hidang.
Amin merenung masa hadapan yang gemilang.
Gandingan adik beradik - Amin dan Syura.
Gandingan adik beradik - Syura dan Koas.
Koas menunjukkan arah ke rumah wakil rakyat kawasan Ampang.
Amin sedang berlatih mendukung baby. Untuk manfaat di masa hadapan.
Pada sebelah malam, apabila tetamu sudah pulang, Amier mengumpulkan kesemua hadiah yang diperolehinya pada siang hari tadi. Satu-satu pembalut hadiah dibuka. Dikoyak. Rabak. Dan dicampakkan ke dalam bakul sampah yang terletak di satu sudut ruang tamu. Seronok Amier melihat himpunan hadiah yang diperolehinya. Sabriena turut berasa keseronokan itu. Dan sangat tidak sabar menanti detik sambutan hari jadinya pula untuk tiba pada bulan April nanti. Kepada semua ahli keluarga, dan teman-teman yang datang memeriahkan majlis sederhana ini, kami ucapkan jutaan terima kasih. Jumpa lagi pada bulan-bulan yang berikutnya.

T A M A T.

Upacara membuka hadiah.
Hadiah diterima sangat banyak tidak terhingga.
Penat kalau bukak hadiah sorang-sorang.
Buku teks sekolah untuk ulangkaji.
Berazam untuk mengkhatamkan kitab yang diterimanya tadi.
Sabriena nak bukak hadiah jugak.
Hadiah terbentang di depan mata.
Dengan Nyai kesayangan.
Bergambar seisi keluarga. Kali ni gambar aku pun ada. He he he...

Saturday, May 26, 2018

Amier berhari jadi: Bernyanyi-nyanyi

Bahagian 9

Sebentar tadi anak-anak diajak untuk bermain kerusi muzikal. Kini anak-anak dijemput pula untuk mengenengahkan bakat masing-masing dalam seni suara. Secara berkumpulan. Menyanyi karaoke. Lagu pilihan masing-masing. Kumpulan pertama terdiri dari gabungan Amier, Umar dan Zharfan. Aku pun dah tak ingat mereka menyanyi lagu apa. Penampilan pertama ini menampakkan sedikit gemuruh. Tapi para penonton nampaknya tetap terhibur dengan persembahan itu. Malah tiket konsert turut habis terjual walaupun harga tiket mencecah RM300 setiap satu.

Gabungan trio Zharfan, Umar dan Amier.
Dendangan akapela.
Menyanyikan lagu Perancis dan Sepanyol.
.....dengan penuh syahdu dan mendayu-dayu.
Sekianlah persembahan kami.
Kumpulan kedua terdiri dari gabungan Zhar, Haris dan Firdaus. Mereka merupakan kelompok penyanyi remaja popular tanah air yang telah menempah era kegemilangan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Kombinasi suara mereka bagaikan adunan suara-suara Awie Wings, Anuar Zain dan Jamal Abdillah. Mereka mendendangkan lagu Melayu asli lama bertajuk Seri Andalas. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang rata-rata merupakan anak-anak muda Generasi Z yang cenderung dengan lagu-lagu klasik dan lagu Melayu asli.

Gandingan Zhar, Haris dan Firdaus.
Menyanyikan lagu berjudul "Belon Kuningku".
Merujuk kepada lirik dalam telefon.
Panjang sungguh lagu yang mereka nyanyi ini.
Sebuah lagu yang berdurasi lebih tiga jam.
Okay. Dah nak habis lagu.
Arissa, Arianna dan Sabrina terpegun dengan kedahsyatan nyanyian trio tadi.
Tetapi tiba-tiba mereka berasa bosanlah pulak.
Persembahan selanjutnya adalah dari sebuah kumpulan yang telah lama bertapak di tanah air. Hasil anak didik Edry KRU dan Datuk Ramli MS. Terdiri dari tiga anak muda - Syazwan, Faris dan Nazmi. Mereka memilih lagu Arab daaaa... Lagu Kun Anta menjadi pilihan. Tapi diberi nafas baru dengan elemen k-pop dan hip-hop. Lagu berbentuk eksperimental ini walau bagaimana pun telah diterima positif oleh para penonton, dan telah menjadi tajuk perbincangan hangat di makmal-makmal sains seluruh negara, tempat ujikaji dan eksperimen kerap diadakan.

Kumpulan trio terdiri dari Syazwan, Faris dan Nazmi.
Kami ingin mempersembahkan sebuah lagu Arabian.
Ini lagu Arab lama daa...
Rentak timur tengah.
Irama padang pasir,
Ya habibi, ya maulana.
Sesi nyanyian ini diakhiri dengan persembahan solo dari birthday boy - Amier yang telah membuat konsert selama 2 jam bagi memenuhi permintaan peminat seluruh tanah air. Ketika Amier menyanyi, para penonton diam sunyi sambil menyalakan lampu pada handphone masing-masing. Dalam masa dua jam, Amier telah mendendangkan sebanyak 50 buah lagu yang dipilih dari album popular sejak beberapa dekad dahulu. Majlis tamat setelah Amier menyanyikan lagu terakhirnya yang bertajuk "Selamat Hari Jadi Yang Ke Dua Belas Untukku".

Bersambung...


Amier naik ke atas pentas.
Sebuah kosert solo dari Amier.
Sempena menghargai para peminat tersayang.
Lagu popular dari album yang kesepuluh.
Masih menyanyi.
Sabriena mendekati abangnya.
Menyanyi dengan penuh perasaan.
Sekian terima kasih.

Sunday, May 20, 2018

Amier berhari jadi: Kerusi muzikal

Bahagian 8

Setelah habis game pulau surat khabar, bersambung pulak lagi dengan game lain. Kali ni game musical chair. Inilah game yang paling popular kalau ada sambutan hari jadi. Baik di Malaysia, mahu pun di luar negara. Atau pun di planet-planet lain sekali pun. Inilah game yang mendapat ranking paling tinggi. Oleh kerana kanak-kanak agak ramai, dan ruang permainan agak sempit, maka kami bahagikan kepada dua kumpulan. Satu - kumpulan budak-budak lelaki. Dan dua - kumpulan budak-budak perempuan.

Bermulanya permainan musical chairs.
Muzik berhenti. Masing-masing mencari tempat duduk.
Sebahagian pemain telah tersingkir.
Muzik kembali dimainkan. Jom pusing kerusi lagi.
Masing-masing menyusun strategi.
Bilangan pemain semakin mengecil.
Tiga buah kerusi untuk empat orang pemain.
Last three players.
Game ni memanglah mudah. Tawaf-tawaf-tawaf, lepas tu duduk. Tawaf lagi, lepas tu duduk. Sampailah kerusi semakin mengurang dan bilangan pemain jugak semakin mengurang. Siapa yang paling akhir dapat duduk di atas kerusi yang sangat terhad bilangannya, dialah yang dikira juara. Kategori lelaki, kalau tak silap aku yang menang adalah Umar. Maka Umar telah mendapat sekeping cek bernilai RM100,000 serta sebuah kereta Audi edisi terkini. Tahniah kepada Umar.

Kerusi tinggal satu. Umar mendapat tempat duduknya.
Umar diisytihar sebagai pemenang.
Setelah selesai permainan kategori lelaki, tibalah pulak kategori perempuan. Sabriena tidak ketinggalan. Turut bermain bersama kakak-kakak senior. Bermula dengan santai dan tenang. Seorang demi seorang pemain tersingkir kerana gagal mendapatkan tempat untuk duduk di atas kerusi. Sehinggalah ke satu pusingan yang agak kontroversi. Sabriena tiba-tiba gagal mendapatkan tempat duduk. Sabriena mula berasa sedih dan menangis. Agar tangisan Sabriena tidak berpanjangan, seorang teman kelas Amier telah mengalah dan membiarkan Sabriena mengambil tempatnya. Baik sungguh teman Amier itu. Bila bilangan pemain semakin sedikit, iaitu pada pusingan terakhir, semua orang telah tahu bahawa kemenangan perlu diberikan kepada Sabriena. Dan memang itulah yang terjadi. Seorang lagi teman kelas Amier turut mengalah kepada Sabriena. Kepada beliau jugak, kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan sangat menghargai budi bicara yang diperlihatkan. Akhirnya Sabriena diumumkan sebagai pemenang. Tahniah untuk semua.

Bersambung...

Kategori kanak-kanak perempuan pula bermula.
Sabriena turut main.
Mengitari kerusi.
Sabriena bermain dengan tiga orang rakan sekelas abangnya, Amier.
Masih berpusing-pusing.
Muzik belum berhenti.
Arissa memberikan tempat duduknya kepada Sabriena.
Kemudian Sabrina (rakan Amier) pula memberikan tempat duduknya kepada Sabriena.
Yang lebih tua terpaksa mengalah.
Pertarungan di antara Ismahani dan Sabriena.
Ismahani memberikan kemenangan kepada Sabriena.