10 Mac 2018 - Satu hari tanpa dijangka, aku mendapat panggilan telefon ketika sedanng memandu. Terus aku jawab. "Hello?" Suara dari talian di sebelah sana tak dapat aku cam. Tapi dia menyebut-nyebut nama ibuku sebagai Wak Besah. Maknanya saudara akulah tu. Lalu aku nengok ke arah telefon bimbitku sepintas lalu. Tertera nama sepupuku, Hamizul. Mizul kata dia nak datang rumah nak berjumpa ibuku. Tak diberi tahu sebabnya. Lalu aku bagi alamat rumah dan share location. Kebetulan tengah hari tu aku pun cuti. Aku bagi tahu mak aku Mizul nak datang rumah. Masing-masing tertanya-tanya kenapa.
Aku dan Mizul memang sangat rapat sejak dari kecil sampailah ke sekolah menengah. Malah aku rasa dialah sepupuku yang paling akrab denganku. Masa aku masuk universiti di Amareka, kami dah mula bawa haluan kami masing-masing. Dan dah jarang berjumpa. Kalau berjumpa pun cuma pada occasion yang tertentu saja. Mizul kahwin agak awal jugak. Aku pula masih belajar lagi pada ketika itu.
|
Suasana langit di Lebuhraya LATAR. |
|
Sudah makan. Sudah kenyang. Sudah gemuk. |
|
Amier termenung memikirkan betapa banyaknya dia makan sebentar tadi. |
Tak lama kami menanti, akhirnya Mizul telefon lagi. "Abang Adi, saya dah ada kat depan rumah". Masa tu aku masih kat luar rumah lagi. Bila aku sampai rumah, aku nampak Mizul datang dengan isterinya, Safura dan Wak Bunirah. Cerita punya cerita, rupa-rupanya Mizul nak buat majlis sambut menantu. Anak sulung Mizul, lelaki, nak berumah tangga. Jadi nak ajaklah kami satu keluarga datang meraikannya. Alhamdulillah. Tahniah kepada Mizul dan Safura, dan kepada pengantin jugak. "Insya Allah kami akan datang", kata kami.
|
Bergambar dengan pengantin. Anak Mizul yang laki-laki tu. |
|
Bergambar dengan ibu dan ayah pengantin. |
|
Aku dan Mizul berlumba-lumba untuk menaikkan perut masing-masing. |
Pada hari majlis berlangsung, kami pun pergilah ke Kuala Selangor. Sampai sana sangat lewat. Kebanyakan tetamu dah balik. Caterer pun dah mula packing. Tapi makanan masih banyak lagi. Apa-apa pun biarlah kami makan kasi kenyang dulu. Lepas tu baru boleh ajak bersembang.
Setelah makan dan berborak lebih kurang, kami mohon diri untuk pulang. Tak sangka, kejap aje anak Mizul dah meningkat dewasa. Dan kini telahpun bergelar suami. Tak lama lagi Mizul akan bergelar datuklah gamaknya. Tahniah. Tahniah! Setinggi-tinggi tahniah untuk semuanya. Barakallah!
|
Amier tumpang bergambar. |
|
Berdua dengan Amier pulak. |
No comments:
Post a Comment