11 Februari 2018 - Nun di suatu sudut dunia, bagai terdampar di pantai, disuluh mentari, bersinar di pasir putih..... Fuh! Letih betul kalau bercerita macam ni. Dah macam baca sajaklah pulak. Aku cuma nak kisahkan pasal sebuah restoran yang pernah diusahakan oleh ipar dan biras aku. Sebuah restoran makanan grill dan steamboat. Terletak di Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Bersebelahan dengan Restoran Aroma Ikan Bakar. Nama kedainya ialah D'Jeram Grill & Steamboat!
|
Banner tertera nama restoran dan orang yang boleh dihubungi untuk tempahan. |
|
Pandangan dari luar. |
|
Ruang meletak kenderaan yang luas. |
Selain dari tempat makan, D'Jeram Grill & Steamboat turut menyediakan kemudahan untuk pengunjungnya seperti surau, bilik penginapan, dan asrama. Tapi yang best dan syioq-nya tempat ni adalah faktor lokasinya. Ia duduk di sebelah pantai. Bayangkan ajelah, sambil makan-makan, sambil sembang-sembang, sesekali angin pantai bertiup nyaman. Dan bila matahari mula terbenam, langit menjadi kemerahan bercampur jingga. Memang sangat cantik. Itulah yang seronoknya tempat makan ini.
|
Surau untuk kegunaan pengujung bersolat. |
|
Tertera di hadapan kedai makan. |
|
Menu istimewa pada setiap masa. |
|
Kanak-kanak suka yang ini. |
|
Aku suka yang ini. |
|
Bagi peminat makanan bercengkerang, pilihlah sendiri. |
|
Jeruk masam pun ada. Boleh buat pemanis mulut. Atau juga pembuka selera. |
|
Suasana pantai ketika air surut. |
|
Pantai yang berselut, tetapi tetap tenang kalau dipandang. |
|
Airnya telah pergi nun jauh ke tengah. |
|
Tak jauh dari paya bakau. |
Biar aku bagi tau sedikit maklumat pasal bayaran untuk makan di sini:
Satu kepala - RM25.00
Kanak-kanak - RM12.00
Konsep "all you can eat". Makan sampai gemuk! Asalkan jangan membazir.
Dibuka jam 4 petang.
Tapi kalau buat tempahan, boleh aje datang untuk makan tengah hari.
Bayaran sewa bilik dan asrama, tak pulak aku tahu. Yang ini korang kena try telefon tuan tanah.
|
Pandangan dari belakang. |
|
Cantik dengan pokok kelapa rendah tumbuh di sepanjang bangunan ini. |
Kalau korang dapat peluang, pergilah jalan-jalan di tepi pantai. Waktu air tengah surut, memang jauh mata memandang melihat darat. Ada lebih satu kilometer gamaknya. Dan kalau air pasang besar pulak, memang sampai ke tebing perginya ombak. Bagi peminat aktiviti memancing, boleh saja mencuba nasib menjinak sembilang. Paling-paling tidak pun, duri dan belukang memang sangat sudi menjamah umpan.
|
Amier dan Mama memilih makanan. |
|
Masing-masing dengan pilihan masing-masing. |
Sekitar jam 6 petang, kami dah mula mencari tempat duduk yang strategik. Kami cuma berempat. Syahmie dan Wanie masih belajar di asrama pada ketika ini. Jadi mereka tak dapat bersama kami. Memang dah lama sangat kami tak pekena menu grill dan steamboat ni. Aku memang peminat grill. Anak-anak aku peminat steamboat. Wife aku peminat kedua-duanya. Saat memiih makanan di peti sejuk merupakan saat yang sangat mengujakan. Masing-masing bawak pinggan sendiri, memilih makanan mengikut cita rasa pada ketika itu. Aku suka daging dan sotong. Tapi demi kesihatan aku kena kurangkan makan kedua-dua makanan tu. Tapi untuk kali ini, aku bedal aje secukup rasa. Esok-esok barulah aku berpantang kembali.
|
Proses memasak sedang dijalankan. |
|
Nampak berselerakan? |
|
Masa untuk makan pulak. |
|
Enjoy sungguh kami makan. |
Waktu makanan dimasak, sama ada di atas grill atau secara steamboat, aroma makanannya sangat-sangat menusuk kalbu. Selera terus terbuka. Menambah keenakan tatkala bayu laut menghembus, dan langit bertukar menjadi jingga. Kami makan sampai dah tak larat nak makan lagi. Maklumlah - all you can eat lah katakan. Makan rehat, makan rehat pun boleh jugak. Sambil lepak-lepak tengok langit dan bulan. Kami solat maghrib dulu sebelum pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan yang sangat gembira. Jomlah!!!
|
Makan pakai chopstik lebih mencabar. |
|
Amier masih memasak. |
|
Matahari dah mula terbenam. |
|
Kalau pandai adjust lighting, lagi cantik pemandangan ini sebenarnya. |
|
Amier turut mengambil gambar. |
No comments:
Post a Comment