m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 21, 2018

Amier berhari jadi: Game pun bermula

Bahagian 3

Tetamu semakin ramai yang datang untuk sambut hari jadi Amier sambil makan-makan. Dari satu menjadi sepuluh. Dari sepuluh menjadi seratus. Dari seratus menjadi seribu. Dari seribu menjadi sejuta. Begitu punya ramai tetamu yang datang. Tapi kami tak kisah. Pasal makanan memang sangat banyak kami sediakan. Kalau habis nasi, boleh makan kuih. Kalau kuih habis, boleh makan buah. Kalau buah habis, boleh makan biskut. Kalau biskut habis boleh makan roti. Kalau roti habis, boleh makan kulit lembu yang dah jadi beg dan tali pinggang. Nak makan perabot kayu kat rumah kami pun boleh. Sebab biasanya kalau anai-anai datang bertamu, memang kami suakan aje perabot kayu kat rumah. Berselera betul anai-anai tu makan. Nyam nyam nyammi!

Bersama jiran kami - Azizah.
Lepas ambil gambar baru boleh sambung makan, okay?
Setelah sesi makan selesai, kami kumpulkan kesemua kanak-kanak yang ada kat rumah kami tu. Dan sekejap lagi game akan bermula. Macam-macam game yang kami sediakan. Bermula dengan soalan-soalan kuiz tahap UPSR, sehinggalah ke soalan-soalan tahap PhD. Agak mengagumkan jugak bila anak-anak ini dapat menjawab soalan-soalan versi Profesor dengan sangat santai dan bersahaja. Antara soalan yang kami ajukan adalah seperti berikut:

1. Apakah makanan kegemaran Presiden Zimbabwe yang ketiga dan kenapa?
2. Siapakah menantu kepada jiran Presiden Uruguay dan apakah warna seluar kecil-nya.
3. Namakan tiga spesis monyet yang menjadi makanan kegemaran ikan tapah.
4. Dan lain-lain soalan lagi.

Setiap soalan dapat dijawab dengan tepat oleh para peserta. Untuk menghargai kehebatan anak-anak ini, kami hadiahkan sebiji lollipop perisa oren atau cokelat. Itu pun untuk dikongsi dengan dua orang kawan. Anak-anak itu kesemuanya kelihatan sangat ceria dan happy aje.

Soalan paling senang - "Berapakah bilangan jari budak yang main mercun?"
Amier membisikkan ke telingan Mamanya - "Yusoff Taiyyoob..."
Zharfan, Asyraf dan Farid seronok dapat jawab soalah cepu emas.
Syazwan dan Nazmi turut berasa sangat terhibur.
Tiba-tiba mereka tersentap bila soalan super susah diajukan - "Berapakan biji nasi yang terdapat dalam sepinggan nasi goreng Cina kat kedai mamak?"
Zharfan dan Asyraf sedang berfikir sejenak.
Sempat berdiskusi sebentar.
Ada juga yang hampir pengsan kerana soalan terlalu sukar.
Sementara di ruang tamu, yang sudah pastinya lebih dingin pasal aircond dibuka, sesi makan-makan masih lagi dijalankan. Terutamanya di kalangan orang-orang dewasa dan sanak-saudara. Ada juga di kalangan saudara-mara yang membawa juadah untuk dimakan bersama para tetamu. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang sudi berkongsi juadah dengan kami.

Nana dan Suraya.
Sentiasa happy bila dapat makan bersama.
Ibuku bersama Kak Long dan Kak Uda.
Birthday boy kena pakai topi wizard.
Menunggu giliran untuk soalan diajukan.
Anak-anak dalam komposisi bulatan.
Giliran anak jiran kami - Haziq untuk menjawab soalan.
Di luar, anak-anak masih lagi tekun bermain permainan yang menguji minda. Soalan Matematik Tambahan, Biografi, Fizik dan Kimia turut diajukan dan menjadi soalan yang sangat digemari oleh para pelajar sekolah rendah itu. Keceriaan terserlah pada wajah anak-anak. Ketajaman minda dan fikiran menyelubungi suasana ruang yang sederhana besar itu. Bakal-bakal genius, scientist, dan ilmuan negara seakan-akan berkonferensi di rumah kami ini. Dan ini bagaikan satu penghormatan tinggi yang kami terima dari anak-anak hebat ini.

Bersambung...

Soalan demi soalan ditanyakan.
Mendengar dengan tekun soalan dibacakan.
Faris kena denda sebab tak dapat jawab soalan SPM dengan betul.
Faris dibenarkan duduk selepas dikenakan denda - makan ayam goreng crispy sampai habis.
Game pass bola masih berlangsung.
Suasana agak tegang dan mendebarkan.
Nafiz sedang disoal siasat.
Soalan yang diajukan adalah yang paling susah di dunia ini.
Dengan selamba Nafiz menjawabnya. Tapi tak siapa tau jawapan itu betul atau salah...

No comments:

Post a Comment