7 April 2018 - Yeah! Aku booking court kat Jalan Duta lagi. Dan ajak teman-teman aku untuk join. Tapi nampaknya kali ni teman-teman aku semua ada hal lain. Malah ada beberapa orang yang berada di luar kawasan. Tak apalah. Sebab tu aku suka kalau Syahmie cuti. Paling tidak boleh sparring dengan Syahmie yang prestasinya telah semakin meningkat dari semasa ke semasa.
|
Syahmie memerhatikan handle net yang berkilat keemasan. |
|
Amier siap pakai kasut tenis yang kubeli tapi tak muat dipakai oleh aku mahupun Syahmie. |
Kami sampai gelanggang agak lewat sedikit. Mula masuk gelanggang dan menghayun reket kira-kira jam 8.30 pagi. Warm-up dalam lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku ajak Syahmie, "Jom main satu set". Syahmie yang memang sangat jarang membantah terus akur. Dicapai reket Wilson BLX Tour Blade seberat lebih 300 gram, yang kubeli dengan harga RM70 di Topper, Ampang Park. Aku pula memilih reket yang lebih ringan - Pro Staff Six.One 100. Dan kami pun mulalah berentap. Permulaan game sangat sengit. Masing-masing mengutip mata demi mata. Seperti aku, Syahmie jugak kalau bersukan memang mudah kepenatan. Jadi kami main dengan pace yang sangat santai. Bola yang jauh-jauh sikit aku dah malas nak kejar. Setelah habis satu set, kami rehat panjang, sebelum memulakan permainan di set yang kedua.
|
Wefie kejap. Aku pakai baju TTC, bagi semangat sikit. |
Amier tak main tenis. Maka Amier jadi ball picker, sambil ambil video dan berlegar-legar di sekitar gelanggang. Aku tak ajak Amier main sebab aku tengah train Amier main badminton dengan betul. Nampak gayanya Amier dah semakin selesa dengan game badminton. Aku tak nak stroke badmintonnya terganggu dengan perubahan jenis game. Biarlah Amier expert main badminton dulu. Nanti-nanti bolehlah main tenis pulak. Jam sepuluh lebih kami mula beredar dari gelanggang. Sempat singgah minum di kafeteria sebelum pulang.
|
Bergambar di lawn court sebelum beredar pulang. |
|
Bola-bola tenis yang terdampar di atas padang. Dari warna kuning kehijauan, sehinggalah berubah warna menjadi hitam bak manggis. |
No comments:
Post a Comment