m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 23, 2018

TTC Friendly: Lawan siapa ya?

Bahagian 1

22 April 2018 - Sehari sebelum kejadian, aku contact Faizal. "Weekend ada hitting session?" tanya aku dalam whatsapp. Faizal jawab, "Ada, Bang. Ada friendly." "Lawan siapa?" tanyaku. "Entah. Tak ingatlah. Datang ajelah. Kita lawang!" balas Faizal. Ok set. Aku pun jadi bersemangat. Al-maklumlah, dah lama aku tak main game double. Sejak beberapa minggu yang lepas, aku dok sparring dengan anak sulung aku, Syahmie. Main sampai lembik. Pukul bola pun main asal kena aje. Tapi bola pergi tak tentu arah.

Faizal sedang mengira duit untuk belanja kawan-kawan selepas game nanti.
Awee sedang buat warm-up. Lihatlah wajah Awee yang sangat serius itu.
Penuh konsentrasi yang mendalam.
Madi dengan aksi bersahaja.
Pukulan paduan tiga benua disalurkan ke reket dan seterusnya ke bola.
Pada sebelah pagi, aku ajak Syahmie teman aku. Aku kata, kalau ada friendly game, Syahmie kena duduk jadi penonton ajelah. Boleh jugak dia belajar-belajar teknik pukul bola daripada pemain-pemain profesional yang bakal beraksi di gelanggang nanti. Sesampainya di gelanggang, aku tengok dah ada beberapa geng TTC sedang warm-up sesama sendiri. Antaranya ialah Faizal, Ashraf, Eman, Awee, Madi dan beberapa orang lagi. Aku terus letak beg di tangga, dan capai kamera aku. Biasanya kalau ada game friendly, aku punya turn main mesti hujung-hujung. Tapi kali ni Ashraf kata, aku main untuk double yang keempat. Aku okay aje. Tapi suspen jugak. Tengok semua orang dok buat warming-up dahsyat-dahsyat pukulan mereka. Setiap pukulan tak kurang dari 750 km  per hour.

Bersalam-salaman sebelum game bermula.
Eman berpasangan dengan Cikgu Azhar.
Masing-masing konfiden untuk menang pada persaingan ini.
Madi berpasangan dengan Awee menentang Team UKM (kalau ikut tulisan pada bajulah).
Masing-masing dah tak sabar nak berentap.
Awee dah mula serius. Maknanya dah in character lah tu.
Sampai hari ni aku masih tak tau Team TTC lawan dengan team mana. Aku tengok ada yang pakai baju UKM. Ada yang pakai baju GSD. Ada yang pakai baju macam-macam. Memang aku tak dapat merumuskan team apa yang kami lawan pada hari tu. Aku cuma kenal tiga orang aje dari pihak lawan - Akemal, Safuan Pok Wang, dan Coach Hardy. Oleh kerana semua pakai baju tak seragam dan dari latar belakang yang berbeza-besa, maka aku buat andaian bahawa pada pagi itu Team TTC berentap dengan Pilihan Malaysia. 

Team TTC mula-mula menurunkan Madi yang berpasangan dengan Awee. Walaupun pada asalnya down 0-4, namun di penghujung permainan, Team TTC menang dengan kiraan 6-4. Dahsyat sungguh semangat juang Madi dan Awee. By the way, masa ni Awee memang tak gelak langsung. Tumpuan yang diberikan pada permainan sampai 200 peratus! Perlawanan kedua, Team TTC diwakili oleh Cikgu Azhar dengan Eman. Sengit sungguh mereka berentap. Akhirnya Team TTC menang 7-5. Tahniah kepada kedua-dua pasangan ini.

Baru main, game dah habis. Awee-Madi menang 6-4.
Semangat kesukanan diutamakan.
Lega setelah menamatkan perlawanan.
Madi dan Adrian. Madi dah lega. Adrian masih menanti dengan debar.
Bendahari Ikrami dan Safa.
VP Azril sedang bingung menguruskan perlawanan.
Azril dan Ashraf sedang memanaskan badan.
Pada edisi kali ini, Presiden TTC - Ashraf sempat jugak membuat demonstrasi cara-cara untuk memukul bola secara santai tetapi menghasilkan pukulan kencang bak halilintar dan ribut petir yang bakal menggerunkan pihak lawan. Teknik ini diperolehi oleh Ashraf setelah membuat pertapaan di Gua Tengkorak selama beberapa bulan secara bersendirian. Cuma bertemankan cengkerik dan unggas-unggas di hutan. Saksikanlah kehebatan beliau ini:

Bersambung...

Standby mode.
Gaya menslais (men-slice) bola.
Lentok sikit badan bagi menambahkan ketampanan.
Jangan lupa untuk follow thru'.
Sekarang teknik pukulan forehand pulak.
Kuda-kuda perlu dipasang secara mantap.
Mata jangan lari tumpuan dari melihat bola. Jangan sekali-kali berkelip.
Lepas pukul bola, kena buat muka eksyen sikit untuk menggerunkan pihak lawan.

2 comments:

  1. Lawan bersama gsd.. gsd stand for "geng sembang deraih"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan kerana pencerahan. Rasanya ramai yang tak tahu dah tahu sekarang makna GSD. Ada kesempatan kita boleh team up pulak.

      Delete