m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 21, 2018

Amier berhari jadi: Jom makan!

Bahagian 2

Sambutan majlis hari jadi Amier memang sangat meriah. Tapi taklah semeriah Jom Heboh. Kawan-kawan Amier pun ramai jugak yang datang. Ada sesetengah kawan Amier yang aku tak pernah kenal pun. Bagus jugaklah mereka datang ke rumah pada kali ini. Biar aku dapat kenal kesemuanya. Kami ada buat deco sikit kat bahagian ruang tamu. Tapi deco yang kami pasang tu asyik nak terjatuh aje bila kena tiup angin. Pasang aje, nanti dia jatuh. Pasang, jatuh. Banyak kali kami pasang. Dan banyak kali jugak deco tu jatuh. Last-last biaq pi ajelah!

Bertungkus-lumus membetulkan deco yang asyik jatuh aje dari tadi.
Masa ni tetamu dah semakin ramai yang datang.
Umar suka chocolate fountain. Hari-hari Umar makan chocolate fountain.
Sabriena nak buat kawan dengan anak jiran depan rumah.
"Saya tau jawapannya", menjawab soalan matematik tambahan yang diajukan.
Farish - kawan sekelas Amier yang sangat-sangat-sangat-sangat pemalu orangnya.
Jiran depan rumah.
Selain dari kawan-kawan sekolah Amier yang datang, turut hadir ialah jiran-jiran berdekatan. Dan of course saudara-mara. Semakin lama semakin ramai yang datang memenuhi ruang tamu yang saiznya tak sebesar mana. Tapi makanan memang banyak. Kami masak untuk menjamu satu taman. Tapi yang datang cuma sekelompok kecil aje. Sambil makan-makan kami bersembanglah dengan teman-teman, jiran dan saudara-mara. Aku turut berkenalan dengan jiran baru. Saiful namanya. Anak muda yang sangat peramah dan mempunyai personaliti yang menarik.

Umar dan Asyraf menikmati nasi lemak bersalut cokelat.
Jiran baru kami yang sangat peramah - Saiful.
Arianna, Arissa dan Sabrina.
Ikmal sedang berdiskusi dengan Saiful mengenai PRU-14.
Dan sekarang berbual pasal kejayaan Chong Wei meraih emas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.
Abang Zahid sedang share location dengan kawan-kawan sekolahnya.
Rombongan Kak Long baru sampai.
Abang Zahid bermula dengan nasi lemak.
Safiah tengok nasi lemak kat pinggan Farish tu macam sedap aje.
Tapi Farish tak nak kongsi.
Dari kiri: Sabrina, Arianna, Arissa dan Ismahani.
Anak-anak nampaknya lebih cenderung untuk makan dessert saja. Orang-orang dewasa yang bertungkus-lumus menikmati juadah berat seperti batu, besi, gajah, badak dan ikan paus. Errr... maksud aku nasi lemak, dan lauk-pauk iringan. Oleh kerana anak-anak tak kuat makan, maka makanan masih banyak lagi. Bagai tak luak-luak. Untuk memastikan tetamu makan banyak, kami terpaksa buat pertandingan siapa makan paling banyak, dia menang kereta Audi. Itu pun masih ramai yang tak sudi makan banyak. Lebih  suka maintain badan slim macam model.

Bersambung...

Jiran kami Azizah sedang menikmati nasi lemak international galaxy.
Boy band yang baru ditubuhkan dan sedang meningkat populariti.
Single terbaru mereka berjudul - Telefon Kami!
Dua abang birasku yang sangat rapat, member badminton yang setia - Abang Zahid dan Abang Zai.
Mengenang masa depan badminton Malaysia selepas Chong Wei.
"Saya rasa nak tawarkan diri jadi Head Coach badminton Malaysia", kata Abang Zahid serius.
Abang Zai dan Suraya.

No comments:

Post a Comment