18 Mac 2018 - Aku dah lama tau yang kelab tenisku, TTC akan menganjurkan tournament untuk novice pada tarikh ini. Maka aku tau, court kat Titiwangsa akan fully booked dan digunakan untuk tujuan itu. Kalau aku nak main tenis jugak, aku kena book kat tempat lain. Dan yang paling senang ialah kalau booking kat Kompleks Tenis Jalan Duta. Telefon aje. Bagi nama. Bagi tarikh. Bagi time. Kalau ada kosong, dapatlah kita main. Bayar, belakang kira. Seminggu sebelum tarikh ini, aku dah buat booking. Dan telah di-confirm-kan aku punya court ialah Court 2. Dan aku pun happy-lah. Terus whatsapp kat group. Dan teman akrabku, Hj Noris adalah yang pertama bagi nama, selepas aku.
Seminggu berlalu, tibalah hari yang dinanti-nanti. Kebetulan Syahmie jugak pulang bercuti. Aku ajak Syahmie main tenis sekali. Dan temanku, Noris berjaya mengumpulkan tiga lagi teman tenisnya - Hisham, Azlan dan Along Azahar. Total semua sekali ada enam orang. Perfect! Tak terlalu ramai. Dan tidak juga sedikit. Jumlah player yang sempurna untuk tempoh tiga jam 8.00 - 11.00 pagi.
Sesampai di lokasi, aku terus ke kaunter hadapan. "Tolong check. Nama saya Adi. Booking dari 8 sampai 11 pagi. Hari tu kata saya dapat court nombor 2."
Petugas kaunter belek buku catatannya. From cover to cover. Lama. Dekat lima jam aku menunggu. Dan akhirnya beliau bersuara. "Tak adalah, Bang." Aku terkejut dengan jawapan yang kudengar. Hampir saja aku pengsan.
"Betul ke?" tanyaku. "Betul," jawabnya.
"Satu court kosong pun takda?"
"Ada. Court 5. Tapi satu jam aje, 8 sampai 9 pagi."
Aku tak ada pilihan lain. Aku terpaksa ambil apa saja yang ada. Di gelanggang, cepat-cepat aku warm up dengan Syahmie. Nak mengejar masa lah katakan. Tak lama kemudian, barulah yang lain-lain datang. Warm up lebih kurang. Lepas tu kami terus main. Permainan teman-teman baruku sangat hebat. Cuma sayangnya masa sangat terhad. Azlan mengalah dan memberikan laluan untuk kami terus bermain. Sedang Azlan cuma jadi pemerhati saja. Syahmie pun nampaknya bermain dengan agak baik jugak kali ini. Cuma kami masing-masing tak dapat bermain lama. Tak apalah. Lain kali kalau ada kesempatan lagi, aku berharap dapat bermain tenis lagi dengan geng-geng yang ini.
Kami berenam - penggemar sukan tenis. |
No comments:
Post a Comment